00:00Malaysia menegaskan kesediaan untuk menghantar pasukan pengaman ke Palestine selain memperkukuh peranan sebagai pemain utama dalam latihan dan pengekalan keamanan di peringkat serantau serta antarabangsa.
00:13Timbalan Menteri Pertahanan Adeli Zahari berkata keupayaan Malaysia merangkumi aspek ketenteraan, kemanusiaan, diplomasi dan latihan pengaman yang diiktiraf pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB.
00:25Beliau menegaskan Malaysia sebelum ini terbukti berperanan dalam meredakan ketegangan termasuk antara Thailand dan Kemboja sekaligus menjadikan negara sebagai rujukan dalam strategi mengekalkan keamanan pasca konflik.
00:40Adeli menjawab soalan di Dewan Negara berhubung usaha kerajaan menggesa penghantaran pasukan pengaman PBB ke Palestine bagi menghentikan keganasan yang berlaku di wilayah berkenaan.
00:51Menurutnya, Pusat Pengaman Malaysia PPM bukan sahaja melatih anggota tempatan tetapi turut menerima penyertaan dari ASEAN dan negara lain menjadikan Malaysia sebagai pusat latihan serantau PBB.
01:04Beliau turut menegaskan kekuatan Malaysia terletak pada kuasa rundingan dan diplomasi pertahanan dengan cadangan mewujudkan platform global seperti forum kemanusiaan sedunia.
01:15Malaysia bersedia memikul tanggungjawab lebih besar termasuk misi di Palestine dan Gaza sekiranya diberi mandat oleh Majlis Keselamatan PBB.