• 1 year ago
Pergerakan, Tentera Pembebasan Sudan (SLM/A), kumpulan yang menguasai kawasan itu dalam kenyataan berkata, seluruh penduduk Kampung Tarsin di pergunungan Marra maut pada 31 ogos selepas hujan lebat mencetuskan tanah runtuh.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lebih seribu maut dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di sebuah kampung di negeri Darfur, Tengah Sudan.
00:08Pergerakan Tentera Pembebasan Sudan berkata seluruh penduduk kampung Tarsin di Pergunungan Mara maut pada 31 Ogos selepas hujan lebat mencetuskan tanah runtuh.
00:19Hanya seorang sahaja yang terselamat dalam bencana itu kata kumpulan berkenaan sambil menambah kebun sitrus yang terkenal di kampung itu turut musnah.
00:31Kumpulan tersebut menyeru pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB membantu mengeluarkan mayat dari bawah runtuhan.
00:38Dalam kenyataan berasingan, Gabenel Wilayah Darfur menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi kemusnahan dahsyat.
00:45Beliau juga merayu kepada pertubuhan kemanusiaan antarabangsa memberi sokongan dan bantuan pada saat kritikal ini.
00:54Setakat selasa, belum ada pengesahan daripada kerajaan Sudan.
00:59SLME merupakan sebuah gerakan politik dan ketenteraan yang beroperasi di beberapa bahagian negeri Darfur, Tengah
01:06yang berada di bawah kawalan pasukan separa tentera Rapid Support Forces.
01:11Bencana alam ini berlaku ketika peperangan antara tentera dan RSF masih berlarutan
01:17yang telah meragut lebih 20,000 nyawa
01:20dan menyebabkan 14 juta orang hilang tempat tinggal sejak April 2023
01:24menurut PBB dan pihak berkuasa tempatan.
01:28selamat menikmati.
01:29Selamat menikmati.
01:30Terima kasih.

Recommended