00:00Tindakan Dewan Perwakilan Rakyat DPR bersama beberapa parti politik untuk menggantung lima orang ahli Dewan yang didakwa mencetuskan kontroversi dilihat sebagai langkah awal dalam memenuhi tututan rakyat Indonesia.
00:14Menurut penganalisis politik dari Universiti Islam Negeri UIN Jakarta, Adi Prayit Noh, tindakan itu sekurang-kurangnya mencerminkan kesungguhan DPR dan parti politik dalam memberikan respons terhadap tekanan masyarakat yang menuntut pembaharuan.
00:32Bagaimanapun pesyarah Fakulti Sains Sosial dan Sains Politik FISIP itu mengakui, ia masih belum dapat meredakan sepenuhnya kemarahan rakyat Indonesia.
00:44Antara lima nama yang telah digantung termasuk Ahmad Syaruni, Nafa Urbak, Iko Patrio, Uya Kuya serta Adi Skadir.
00:52Tapi kalau lima anggota Dewan yang non-aktif ini tidak dihentikan, tidak diganti, itu artinya lima orang ini masih berstatus sebagai anggota Dewan dan berhak untuk mendapatkan tunjangan.
01:07Inilah yang saya kira sebenarnya secara isu tuntutan-tuntutan masyarakat masih ingin melihat apakah yang non-aktif ini akan segera diperhentikan ataupun tidak.
01:17Saya menduga kalau lima orang anggota Dewan ini dinon-aktifkan saja tapi tidak diganti, mungkin akan melahirkan protes-protes dan demonstrasi lanjutan untuk meminta bagaimana sang anggota Dewan itu untuk segera berhenti.
01:34Adi menambah tanpa proses perberhentian antar waktu pau ahli Dewan yang digantung masih dianggap sebagai wakil rakyat dan kekal menerima allowance serta faedah.
01:44Mengulas lanjut, beliau berkata golongan mahasiswa yang terlibat dalam protes dan demonstrasi juga berjaya mendorong tindakan awal daripada parti politik dan anggota DPR.
01:55Ia termasuk perbincangan lanjut mengenai rang undang-undang, rampasan aset serta persetujuan untuk menyekat allowance tertentu kepada anggota DPR.
02:06Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan sebarang bentuk protes mesti dilakukan secara aman dan berhemah.