00:00Seramai 328 individu ditahan dalam Op Dadu Mega bagi membantras perjudian tanpa lesin yang dijalankan Polis Diraja Malaysia PDRM secara serentak di seluruh negara pada 30 dan 31 Ogos lalu.
00:15Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, tangkapan membabitkan 286 lelaki dan 42 wanita dengan 258 individu adalah warga tempatan, manakala 70 lagi warga asing yang masing-masing adalah pemilik, penjaga premis, pekerja serta pemain judi.
00:39Menurutnya, mereka disyaki terbabit aktiviti perjudian tanpa lesin yang disasarkan melalui operasi ini.
00:48Kumar berkata, operasi itu turut memeriksa 395 premis di seluruh negara dan hasilnya 272 premis dikesan menjalankan kegiatan perjudian tanpa lesin.
00:59Daripada jumlah itu, 245 premis dikenalpasti menjalankan penjualan loteri awam tanpa lesin, 20 premis terbabit perjudian dalam talian, 5 premis pusat hiburan keluarga beroperasi tanpa lesin dan 2 premis berfungsi sebagai pusat panggilan.
01:18Turut dirampas wang tunai, perkakasan komputer, telefon bimbit dan mesin perjudian digunakan.
01:24Beliau berkata, semua tangkapan dibawa ke ibu pejabat polis daerah berkaitan untuk dokumentasi dan seserta lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
01:33Antara kesalahan disiasat termasuk Seksyen 4A dalam kurungan A, Seksyen 91 dan Seksyen 4B dalam kurungan A Akta Rumah Perjudian Terbuka 1993, Seksyen 41B, 41C serta 41G Akta Sama selain Seksyen 61C Akta Imigresen 1959-63 dan Peruntukan Eknatmen Hiburan Negeri.
02:00Kumar berkata, PDRM akan terus mempergiatkan operasi dan kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi membanteras perjudian tanpa lesin di seluruh negara.