00:00Inquest bagi menentukan punca kematian pelajar tingkatan 1 Zara Khairina Mahathir akan bermula di Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu pada Rabu.
00:10Inquest selama 19 hari yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September serta 22 hingga 30 September akan dipengerusikan Hakim Mahkamah Session Amir Shah Amir Hassan yang bertindak selaku korona.
00:32Sepanjang proseding Inquest, ramai 70 saksi termasuk pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas remaja terbabit akan dipanggil memberi keterangan.
00:44Proseding akan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwaan II, Datuk Badiuz Zaman Ahmad bersama-sama Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali iaitu Nah Radulah, Mohd Fairus Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan serta Dacia Jin Romanus.
01:05Zara Khairina, 13 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu.
01:12Remaja berkenaan sebelum itu dimasukkan ke hospital selepas ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya dipapar pada jam 4 pagi pada 16 Julai.
01:25Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara mengarahkan supaya proseding Inquest dilakukan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis.
01:35Pada 8 Ogos, AGC memaklumkan kubur Zara Khairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.