00:00Malaysia Komited melaksanakan Pelan Halatuju Bebas Cerebu ASEAN 2023-2030 dalam memperkukuh usaha serantau ke arah ASEAN Bebas Cerebu Rentas Sempadan menjelang 2030.
00:15Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata pelan ini penting untuk memastikan tindakan negara anggota yang lebih tersusun sekaligus menghasilkan impak positif.
00:27Katanya perkara ini juga telah termasuk dalam aspek kesiapsiagaan menghadapi kebakaran hutan dan tanah gambut serta pengurusan Lestari Sumber Alam.
00:37Agenda itu ditekankan dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa ke-20 di bawah persidangan pihak-pihak kepada Perjanjian ASEAN mengenai pencemaran jerebu merentasi sempadan yang dipengerusikan Malaysia di Langkawi pada Selasa
00:51melalui pencegahan menyeluruh negara anggota ASEAN akan memperketat penguatkuasaan undang-undang berkaitan pembakaran terbuka, memperkukuh pemantauan kawasan berisiko kebakaran,
01:04serta menggalakkan amalan guna tanah mampan di peringkat tempatan dan serantau.
01:09ASEAN juga menyatakan sokongan dan kerjasama antarabangsa dengan mendapatkan kepakaran teknikal dan teknologi modern,
01:17termasuk satelit berisolusi tinggi serta perkongsian pengalaman terbaik dalam pencegahan jerebu.
01:24Perbincangan turut menumpukan terhadap kawalan pencemaran jerebu merentasi sempadan ASEAN,
01:29termasuk pelan hala tujuh ASEAN bebas jerebu ke-2 serta penubuhan pusat penyelarasan ASEAN bagi kawalan pencemaran jerebu merentasi sempadan.
01:40Mesyuarat ini menjadi platform penting menjelang mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN ke-18, AMMI-18,
01:48yang akan membuka tirai secara rasmi pada Rabu.
01:51Terima kasih telah menonton!