• 1 year ago
Cadangan mengenakan caj RM100 sekiranya kenderaan keluar melebihi 10 minit di laluan Terminal 1 Kuala Lumpur International Airport (KLIA ) mendapat bantahan daripada pengguna, khususnya pemandu e-hailing.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Cadangan mengenakan caj RM100 sekiranya kenderaan keluar melebihi 10 minit di laluan Terminal 1 Kuala Lumpur International Airport, KLIA, mendapat bantahan daripada pengguna, khususnya pemandu e-hailing.
00:16Rata-rata pemandu yang ditemui menyifatkan cadangan itu membebankan mereka kerana kesesakan di kawasan berkenaan sering menyukarkan pergerakan, terutamanya pada waktu puncak.
00:30Ok sekarang ni kita masih dalam tempoh percubaan, mereka bagi masa dalam sebulan, kita sebagai pemandu ni kita nak wait and see dulu apakah alternatif yang mereka nak ambil lepas ni.
00:42Sebab pihak KLIA pun cakap lah masa sebulan ni dia tengah tengok driver behavior, so kita semua tunggulah apa keputusan mereka nanti lepas sebulan.
00:52For me mahal, sangat mahal, sorry to say, memang sangat mahal.
00:55Tak setuju, tak payahlah pun kan, nak mebebankan bagi kita sebagai driver, orang luar pun mungkin kita beban juga.
01:05Kalau nak keluar tu Q yang panjang akan jadi masalah kat situ lah.
01:08Kalau macam kita dah drop terus boleh keluar tak ada masalah.
01:11Kalau Q dekat daripada apa, barrier tu makan masa kan akan beban bagi kita.
01:16So pandangan pribadi abang, sebabnya solution ataupun apa yang perlu dilakukan?
01:22Solution tu mungkin bagi norma macam biasa juga lah, buat macam biasa senang.
01:27Tak dia akan beban kepada siapa-siapa. Memang seratus memang terlalu beban.
01:31Tak berbaloi?
01:32Iya tak berbaloi. Langsung tak berbaloi daripada kita.
01:35Sebab ada masalah orang nak bayar, bayar cash tu, jadi dia tak ada cash ke apa ke, jadi makan masa lah kat situ.
01:41Jadi pernah sampai setengah jam dia kena masuk dalam, pergi withdraw duit dulu, betul masuk balik.
01:49Memang tak setuju.
01:50Sementara itu, pengarah urusan Malaysia Airports, Datuk Muhammad Izzani Ghani dalam kenyataan media pada Isnin memberitahu,
01:57Malaysia Airports akan memulakan percubaan sistem baharu Vehicle Access Management System atau VAMS
02:04di KLIA Terminal 1 bermula 1 September hingga 30 November 2025.
02:10Sistem ini dilaksanakan di aras 5 iaitu pelepasan dan aras 3 ketibaan bagi mengurangkan kesesatkan,
02:18meningkatkan keselamatan dan memastikan aliran trafik lebih lancar.

Recommended