00:00Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian yang menggunakan akaun keldai selepas menahan tiga lelaki dalam operasi khas di Ipoh Perak dan Pandan Indah Selangor pada 3 September lepas.
00:12Ketua Polis Perak Dato' Nur Hisham Nordin dalam kenyataan pada Sabtu berkata, kejayaan itu susulan kes seorang suri rumah berusia 58 tahun yang menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon pada 12 Ogos lepas.
00:26Katanya suspek menyamar sebagai pihak berkuasa dan mendawa akaun bank mangsa terlibat dalam aktiviti jenayah kewangan sebelum mangsa yang takut serta terpedaya menyerahkan kad ATM miliknya kepada pihak sindiket serta wang berjumlah 240,000 dikeluarkan daripada akaun tanpa pengetahuannya.
00:45Bertindak atas semaklumat dan risikan pihaknya menjalankan operasi khas di Ipoh dan Selangor selain berjaya menahan tiga individu dipercayai ahli sindiket penipuan dalam talian.
00:55Katanya siasatan mendapati antara peranan mereka adalah merekrut individu sebagai keldai akaun untuk membuka akaun digital bank sebelum disalahgunakan oleh sindiket penipuan.
01:06Nur Hisham berkata turut dirampas sejumlah telefon bimbit yang mengandungi aplikasi perbankan dan sejumlah kad ATM.
01:13Siasatan awal mendapati sindiket terbabit membayar sekitar RM200 hingga RM300 bagi setiap akaun yang dibuka menggunakan butiran pribadi pelanggan.
01:23Kesemua suspek ini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Kesiksaan.
01:32Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyerahkan akaun bank, nombor PIN atau kata laluan kepada pihak lain kerana pemilik akaun boleh ditangkap dan didakwa di bawah undang-undang sekiranya akaun tersebut digunakan untuk jenayah.
01:46Terima kasih telah menonton!