• 1 year ago
Sebanyak 21 bangunan awam dan komuniti di daerah ini boleh diwartakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) untuk membantu penduduk semasa banjir, kata Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam parti itu, sebanyak 21 bangunan awam dan komuniti di Penampang boleh diwartakan sebagai pusat pemindahan sementara PPS untuk membantu penduduk semasa banjir.
00:11Ahli Parlima Penampang, Datuk Iwan Benedict yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata sebelum ini,
00:17hanya Dewan Pusat Kebudayaan Sabah dijadikan PPS dan ini mengakibatkan keadaan di PPS berkenaan sesak.
00:24Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau kesan banjir dan tanah runtuh di sekitar Penampang pada Sabtu.
00:31Selain itu, Iwan turut menyampaikan sumbangan PAM Air kepada Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung JKKK, Kampung Dungkahang, Kampung Penampang Propa dan Kampung Tuavon
00:43untuk membersihkan kawasan rumah penduduk terjejas banjir.
00:46Beliau turut melakukan tinjauan di Kampung Pagunan bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Jinur dan Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Syahilmi Yahya yang juga Menteri Kerja Raya Sabah.
00:59Iwan berkata telah memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung bencana banjir dan tanah runtuh di Penampang
01:06pada Mesyuarat Madlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 MA63 di Kuching, Sarawak pada Jumaat.
01:14Selain itu, beliau juga memberi cadangan kepada Haji Ji agar peruntukan rumah mesra Sabah Maju Jaya diberikan
01:22untuk membina semula atau membaik pulih rumah penduduk terjejas teruk akibat banjir dan tanah runtuh.

Recommended