Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kerajaan negeri bercadang menawarkan pendidikan percuma kepada pelajar negeri ini yang melanjutkan pengajian di institusi milik kerajaan negeri, iaitu University College Yayasan Sabah (UCSF) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam hal itu, Kerajaan Negeri Sabah bercadang memberikan pendidikan percuma kepada pelajar negeri itu yang menyambung pengajian di Universiti Kolej Sabah Foundation UCSF dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah KTYS milik Kerajaan Negeri.
00:13Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jinur berkata, Kerajaan turut merancang memperkenalkan dasar subsidi pinjaman pendidikan, khususnya pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN dan Yayasan Sabah bagi meringankan beban hutang pelajar.
00:30Kerajaan Negeri telah membelanjakan lebih 1.3 bilion rupiah dalam bidang pendidikan.
00:42Jumlah ini merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah Sabah menandakan komitmen tinggi kerajaan terhadap anak-anak muda.
00:55Haji Jinur berkata, Kerajaan Negeri memberi penekanan serius terhadap pendidikan dan pembangunan modal insan sejak beliau mengambil alih tapak kepimpinan selaras dengan hala tujuh Sabah Maju Jaya SMJ.
01:08Katanya sejak 2021, Kerajaan Negeri telah membelanjakan lebih 1.3 bilion ringgit untuk pendidikan iaitu jumlah terbesar dalam sejarah Sabah.
01:17Kita mau mendengar suara para mahasiswa, golongan pelajar dan anak muda adalah aset terpenting negara yang mesti dilibatkan secara signifikan dalam proses pembangunan.
01:37Tegas Haji Jinur lagi lebih 14 inisiatif pendidikan diperkenalkan termasuk bantuan one-off RM600 kepada pelajar Sabah yang melanjutkan pelajaran ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan melalui program GRS Subfly serta RM300 untuk pelajar dalam negeri melalui inisiatif Sentosa.
02:06Haji Ji berkata demikian di majlis penutupan konvokasi mahasiswa Sabah tahun 2025 di Dewan Kazan Dusun Cultural Association KDCA Penampang.

Recommended