00:00Baiklah kita ke laporan antarabangsa demonstrasi bantahan rasuah di Manila, Filipina pada ahad bertukar ganas apabila penunjuk perasaan bertempur dengan polis membaling batu dan membakar tayar selepas dihalang daripada berarah ke Istana Presiden.
00:16Menurut laporan media tempatan, kumpulan penunjuk perasaan merancang untuk mengadakan protes di hadapan Istana Presiden namun tindakan polis menghalang laluan mencetuskan kekicohan.
00:26Dalam hal itu, satu letupan kuat turut kedengaran dari arah polis sebelum pihak berkuasa bertindak menahan beberapa individu di lokasi kejadian.
00:36Protes itu diadakan susulan dawaan salah urus projek kawalan banjir kerajaan yang menjadi tumpuan sejak beberapa bulan lalu.
00:44Ini susulan musim monsoon yang menyebabkan situasi banjir meskipun kerajaan telah membelanjakan lebih 545 bilion peso untuk kawalan banjir sejak 2022.
00:57Tarih 21 September turut membawa makna simbolik kerana ia memperingati pengisytiharan Undang-Undang Tentera oleh Marcos Senior pada 1972
01:06yang mencetuskan 9 tahun pemerintahan penuh penindasan pembunuhan dan rasuah besar-besaran.
01:14Terima kasih telah menonton!