00:00Hanya 1% gas butana dikesan masih bebas dalam udara di lokasi kebucuran gas di tapak projek pembinaan laluan ril Pantai Timur atau ECRL di Seksyen 5, Kampung Cabang Kertih, Kemaman.
00:14Ketua Pengarah Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia, JPPM, Datuk Seri Nur Hisham Mohamad berkata, keadaan itu bagaimanapun terkawal dan selamat.
00:23Katanya gas butana yang berada di udara boleh berubah sifatnya bergantung kepada faktor cuaca.
00:32Bagi memastikan keadaan semakin pulih, Petronas akan memasang dua pembakar muda alih di lokasi.
00:38Menurutnya, satu pembakar muda alih sudah dipasang pada awal pagi Ahad, manakala satu lagi akan dipasang sebaik ia tiba dari Kulim Kedah dalam masa terdekat.
00:47Nur Hisham berkata pihaknya masih mengesan terdapat 1% gas butana dalam kandungan udara pada jarak 400 meter dan bagi mengelak risiko pihaknya masih kekalkan jarak pada 500 meter.
01:00Beliau berkata laluan dari kertih ke Kampung Ranggon, Kemaman ketika ini masih ditutup sementara kepada semua kenderaan susulan insiden kebocoran pipe gas berkenaan.
01:09Semalam dilaporkan satu kejadian kebocoran pipe gas berlaku di tapak pembinaan projek laluan ril Pantai Timur ECRL Seksyen 5 dekat kertih kira-kira jam 9.53 pagi.
01:22Kejadian kebocoran gas itu dilaporkan berlaku kira-kira 2 kilometer dari laluan utama dan tidak membabitkan kawasan perkampungan atau kediaman penduduk.
01:31Terima kasih kerana menonton!