00:00Polis Kelantan menyasarkan untuk menahan 60 penagih dadah setiap hari menerusi operasi jihad dadah.
00:09Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Yusuf Mamad berkata, sasaran itu ditetapkan bagi mengekang jenayah harta benda yang didakwa banyak dilakukan golongan penagih.
00:20Beliau menjelaskan penagih dadah dikenalpasti sebagai penyumbang utama jenayah harta benda khususnya kes curi dan pecah rumah.
00:28Muhammad Yusuf berkata arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Nakrotik Negeri untuk melaksanakan operasi tangkapan secara berterusan.
00:38Jelasnya penglibatan penagih dalam jenayah harta benda lebih ketara berbanding jenayah kekerasan yang lebih sukar dicegah.
00:46Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontingen Kelantan bagi bulan September pada Ahad.
00:53Statistik menunjukkan indeks jenayah harta benda di Kelantan menurun 26.6% berbanding tahun lalu namun pihak polis akan terus melaksanakan amanah bagi memastikan keselamatan orang ramai.