00:00Pasaran buruh di Malaysia dijangka terus kukuh sehingga hujung tahun ini dengan kadar pengangguran berpotensi menurun kepada hanya kira-kira 2.9%.
00:10Berut firma penyelidikan TA Securities, ia merupakan paras paling rendah dalam lebih sedekat dengan unjuran positif ini disokong oleh faktor pertumbuhan ekonomi stabil dan permintaan buruh yang berterusan.
00:22TA Securities memberitahu pemulihan sektor utama seperti perkhidmatan dan pembuatan turut mendorong bilangan penganggur di seluruh negara terus mencatatkan pengurangan secara konsisten pada setiap bulan.
00:37Selain itu, ia turut mengengkalkan unjuran purata kadar pengangguran sekitar 3.0% bagi 2025.
00:44Namun, tidak tolak prestasi mungkin lebih baik jika momentum semasa kekal.
00:48Data terkini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia Dosa menunjukkan kadar pengangguran pada Ogos 2025 kekal 3.0% dengan jumlah penganggur menurun 5.7% tahun ke tahun kepada 520,000 orang.
01:05Angka perkenaan, tambah firma tersebut menunjukkan penyusutan bermanding 521,600 orang pada bulan sebelumnya dan mencerminkan pemulihan berterusan dalam aktiviti pekerjaan dan keyakinan pasaran.
01:20Secara keseluruhan, kata TA Securities, jumlah tenaga kerja meningkat kepada 16.99 juta orang iaitu pertambahan 3.1% tahun ke tahun dengan pertumbuhan dicatatkan dalam kesemua sektor utama.
01:36Sementara itu, tambahnya lagi, pekerja yang bekerja sendiri juga bertambah kepada seramai 3.22 juta orang dengan mencerminkan pertumbuhan dalam ekonomi gig dan keusahawanan dalam kalangan belia.
01:48TA Securities berkata, bagi tempoh Januari hingga Ogos 2025, purata pekerjaan meningkat 2.7% tahun ke tahun kepada 17.37 juta orang, manakala purata pengangguran susut kepada 525,600 orang.
02:05Ia meramakan prestasi ini akan berterusan dengan perbelanjaan swasta yang lebih mampan menyokong permintaan buruh, terutama dalam sektor domestik, sekaligus menarik pencari kerja di pasaran.
02:17Berdasarkan kepada perkembangan semasa, jelas TA Securities, pasaran buruh kini berada di landasan yang kukuh untuk mencatat prestasi terbaik dalam...