Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kementerian Pendidikan mengesahkan seramai 6,000 murid di seluruh negara telah dijangkit wabak influenza setakat ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan mengesahkan seramai 6,000 murid di seluruh negara telah dijangkiti wabak influenza setakat ini.
00:07Ketua Pengarah Pendidikan Muhammad Azam Ahmad berkata beberapa sekolah telah diarahkan tutup sementara
00:12atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah PKD, antaranya sebuah sekolah di Cuhur.
00:18Ada sekolah yang ditutupkan hujung minggu lepas, kita lebih kurang melibatkan anak-anak kita yang berhadapan dengan influenza ini ada dalam 6,000 orang.
00:28Tapi dia bukanlah satu tempat ini, mana dia di sekolah-sekolah yang berbeza dan sebagainya.
00:34Yang sekarang ini berlaku penutupan, ada sekolah di negeri Johor, penutupan itu pun berlaku atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.
00:45Sekarang ini memang kita dapat makluman kepada semua institusi sekolah kita itu utamanya.
00:50Semua memang kita dah berikan makluman tentang ancaman influenza ini dan kita minta mereka ikut garis panduan yang ada
00:56dan di samping merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.
01:01Ada sekolah itu pelajar dia ada influenza tapi dia tak perlu melalui proses penutupan.
01:06Cukup sekadar pelajar itu bercuti, bercuti lah.
01:08Maknanya dia cuti sakit.
01:10So yang lain itu sekolah masih berjalan dengan biasa.
01:13So penutupan dengan sekolah hanya kita lihat dari aspek nasihat yang diberikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.
01:18Itu adalah agensi yang ada autoriti yang memberikan nasihat yang betul untuk kita mengambil tindakan.

Recommended