Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Dakwaan “amaran keras” kepada Kerajaan Negeri Sabah berhubung isu bekalan air dinafikan Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu pada Isnin (13 Oktober).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Konsulat General China di Kota Kinabalu menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya,
00:06kedutaan China di Malaysia mengeluarkan amaran keras kepada Kerajaan Sabah berhubung isu bekalan air.
00:13Menurut kenyataan pada Isnin, Konsulat General menegaskan, sama ada kedutaan mahupun konsulat,
00:19tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran atau ancaman kepada Kerajaan Negeri Sabah,
00:23Dewan Bandaraya Kota Kinabalu DBKK atau mana-mana pihak berkuasa tempatan berkaitan isu berkenaan.
00:32Kadang-kadang pihaknya menjunjung semangat persahabatan dan kerjasama saling mengguntungkan antara China dan Malaysia.
00:39Ini termasuk memperluas kerjasama praktikal antara China dan Sabah dalam bidang pelancongan, perdagangan serta kebudayaan.
00:46Pihaknya juga akan terus mempromosikan pertukaran rakyat dengan rakyat serta memperkukuh kerjasama peringkat tempatan
00:52antara kedua-dua negara menurut konsulat itu.
00:54Konsulat General pada masa sama menyeru media supaya berlapor berdasarkan fakta sahih.
00:59Antara lain mengelak penyebaran maklumat tidak disahkan yang boleh mengelirukan orang ramai
01:04atau menjejaskan hubungan persahabatan antara China dan Malaysia.

Recommended