Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Sidang berkenaan akan dipengerusikan bersama oleh Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dengan kehadiran lebih 20 pemimpin dunia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali. Presiden Palestine Mahmoud Abbas tiba di Syam Al-Sheikh pada Isnin bagi menghadiri sedang kemuncak keamanan Gaza yang dijadual berlangsung di pusat peranginan Mesir itu.
00:12Sedang kemuncak antarabangsa itu akan menghimpunkan lebih 20 pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengetuai inisiatif damai tersebut serta Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi selaku tuan rumah.
00:25Fasa pertama Perjanjian Gencata Senjata yang dimeterai minggu lalu turut merangkumi pembebasan tebusan dan tahanan Palestine yang menjadi antara agenda utama perbincangan pada sidang kali ini.
00:40Dalam pada itu, Trump dijangka mementangkan pelan damai 20 perkara bertujuan menamatkan konflik Gaza yang berlarutan selama 2 tahun serta membuka laluan ke arah keamanan kekal di rantau itu.
00:52Sidang kemuncak ini dilihat sebagai peluang penting untuk memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa dalam usaha menyelesaikan krisis kemanusiaan dan politik yang berterusan di Gaza.
01:03Antara yang menghadiri sidang itu termasuk Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Perancis Emmanuel Mahon.
01:11Dari ASEAN yang menyertai ialah Presiden Indonesia Prabowo Subianto.
01:15Menurut hantaran di media sosial rasminya, Prabowo dijangka menyaksikan majlis menandatangani perjanjian damai dan perhentian perang di Gaza.
01:25Jelas hantaran itu, kehadiran Presiden mencerminkan peranan strategik Indonesia dalam usaha mendorong wujudnya keamanan di rantau Asia Barat.
01:32Selamat menikmati.
01:33Selamat menikmati.
01:34Selamat menikmati.

Recommended