00:01Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Baling kerana melakukan pemerasan sebanyak RM200 terhadap seorang mangsa dalam kejadian September lalu.
00:12Tertuduh, Lans Koperal Syarif Abu Hurairah Abu Bakar 24 tahun dan Konstabel Mohamad Nashul Alif Allahuddin 28 tahun membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Rohaida Ishak selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka.
00:27Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama didakwa dengan sengaja melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki bernama Zulkadiri Mohamad Sabri 32 tahun di tepi Jalan Parit Panjang, Kampung Asam Jawa, Pulai pada jam 7.38 malam 19 September lalu.
00:46Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu bagi mendatangkan ketakutan kepada mangsa untuk menyerahkan wang tunai RM200.
00:53Berikutan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 385 Kanun Kesiksaan.
01:01Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 7 tahun, denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.
01:09Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Amirul Halimi Mad Salid manakala tertuduh diwakili Peguam S. Syatish Babu.
01:16Pendakwaan kemudian menawarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 ke atas setiap tertuduh.
01:23Bagaimanapun, Syatish Babu meminta kadar lebih minimum dikenakan berikutan kedua-dua anak guamnya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Baling hanya menerima gaji kira-kira RM2,000 sebulan.
01:36Jelasnya, anak guam juga memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes berkenaan dan turut hadir sendiri ke mahkamah selepas diberi jaminan polis.
01:46Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
01:52Kes akan disebut semula pada 27 November depan.
01:56Terima kasih kerana menonton!