00:00Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengarahkan Kementerian Haji dan Umrah untuk menurunkan kos haji serta memindikkan tempoh menunggu jemaah daripada purata 40 tahun kepada hanya 26 tahun.
00:14Arahan itu dikeluarkan semasa sidang Kabinet Paripurna yang dipengerusikan Prabowo di Istana Negara Jakarta pada Isnin bersempena setahun pentadbiran beliau.
00:23Prabowo menegaskan langkah itu boleh dilaksanakan melalui penjimatan kos dan pengurusan yang cekap serta telus.
00:33Dia berkata Menteri Haji sedang berada di Arab Saudi untuk berbincang dengan pihak berkenaan dan menegaskan penurunan kos perlu dilaksanakan secara menyeluruh.
00:42Presiden Indonesia itu turut menjelaskan bahawa penubuhan Kementerian Haji dan Umrah merupakan tindakan strategik bagi meningkatkan tatbir urus setelah urusan tersebut sebelum ini dikendalikan oleh badan penyelenggara haji.
00:56Katanya penubuhan Kementerian itu juga atas permintaan Kerajaan Arab Saudi yang menegaskan urusan rasmi perlu dikendalikan pegawai bertaraf menteri.
01:03Dalam ucapannya Prabowo turut mendedahkan bahawa Arab Saudi buat pertama kali membenarkan negara asing membeli tanah di Tanah Suci, membuka peluang kepada Indonesia untuk melaksanakan projek Kampung Indonesia di Kota Mekah.
01:18Dia menyatakan beberapa tapak strategik berhampiran Masjidil Haram telah ditawarkan, namun pembelian akan dilakukan melalui proses tender terbuka yang turut disertai sekurang-kurangnya 90 entiti lain.
01:29Langkah itu dilihat sebagai usaha untuk memperkukuh hubungan Indonesia-Arab Saudi dan meningkatkan kemudahan bagi jemaah haji pada masa hadapan.
01:38Terima kasih.
01:39Terima kasih.
01:40Terima kasih.
01:41Terima kasih.