Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Malaysia komited mematuhi syarat kesihatan baharu bagi ibadah haji musim 1447H/2026M yang diumumkan kerajaan Arab Saudi, dengan Lembaga Tabung Haji dan Kementerian Kesihatan memperkukuh pemeriksaan serta kemudahan kesihatan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran jemaah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia Komited dalam memenuhi syarat kesihatan baru bagi ibadah musim haji 1447 Hijrah 2026 Masihi yang diumumkan Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini.
00:14Menteri di Jabatan Perdana Menteri Halewala Agama, Datuk Muhammad Naimu Oktam negaskan garis panduan itu penting bagi menjamin keselamatan, kelancaran dan kesempurnaan ibadah para jemaah.
00:25Menerusi kenyataan di Facebook, beliau berkata ibadah haji bukan sahaja rujukan kepada rukun Islam kelima tetapi ujian kemampuan fizikal dan mental yang menjadi asas kepada kesempurnaan pelaksanaannya.
00:40Jelasnya dalam maga tambang haji, TH dan Kementerian Kesihatan sedang memperkukuh sistem pemeriksaan kesihatan wajib bagi memastikan hanya bakal haji yang benar-benar layak dari segi kesihatan dibenarkan berangkat.
00:52Bagi calon yang tidak mencapai tahap kesihatan minimum, TH menyarankan penangguhan giliran haji sebagai peluang untuk memperbaiki kesihatan dan membuat persiapan lebih baik.
01:02Muhammad Naim menambah setiap penginapan jemaah di Mekah dan Madinah akan dilengkapi dengan klinik kesihatan, farmasi dan pegawai perubatan bertawliah manakala kes serius akan dirujuk ke Hospital Arab Saudi dengan pemantauan rapi.
01:16Beliau turut menghargai langkah proaktif Kerajaan Arab Saudi dalam meningkatkan kapasiti hospital dan anggota kesihatan termasuk penambahan kemudahan di kawasan utama ibadah haji.

Recommended