00:00Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waita Murti membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesilapannya mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap Perdana Menteri.
00:12Waita Murti dalam satu kenyataan melalui akaun Facebooknya mengakui kesilapan apabila mendakwa Anwar tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, kononnya kerana keputusan yang pernah dibuat terhadapnya.
00:27Beliau menjelaskan selepas menyemak semula rekod rasmi kehakiman, didapati Tun Tengku Maimun tidak pernah terlibat dalam mana-mana panel hakim yang mendengar kes rayuan Anwar.
00:39Waita Murti menyatakan kesilapan itu menjadi atas kesilapan sendiri dan mengakui tanggungjawab sepenuhnya atas kenyataan tersebut.
00:47Beliau dalam kenyataannya menegaskan dengan penuh tanggungjawab, mengakui kenyataan tersebut adalah tidak benar dan berpunca daripada satu kesilapan jujur di pihaknya.
00:56Waita Murti turut memohon maaf kepada Tun Tengku Maimun serta semua pihak yang mungkin terkesan termasuk mereka yang menonton atau mendengar ucapannya pada majlis tersebut.
01:06Beliau turut menyarankan mana-mana pihak yang merakam atau menyiarkan ucapan itu untuk memadam bahagian tersebut bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat.