Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Tujuh pegawai agensi penguat kuasa ditahan reman kerana disyaki terlibat rasuah bagi mempercepat proses permohonan program pemutihan pendatang asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tujuh pegawai agensi penguatkuasa ditahan Riman kerana disyaki terlibat rasuah bagi mempercepat proses permohonan program pemutihan pendatang asing menerusi program rekalibrasi tenaga kerja RTK.
00:15Perintah Riman selama tiga hari sehingga 15 November itu dikeluarkan Magistrit Izra Zulaika Rohanuddin selepas permohonan dibuat suruhan jaya pencerahan rasuah Malaysia SPRM di Mahkamah Magistrit Putrajaya pada Khamis.
00:28Menurut sumber, kesemua suspek melibatkan empat lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 30 hingga 50-an ditahan di beberapa lokasi sekitar Lembah Kelang menerusi Ops Bleach yang dijalankan bahagian perisikan SPRM pada Rabu.
00:43Kesemua suspek dipercayai menerima rasuah sebagai balasan mempercepat permohonan pendatang asing yang berada di negara ini sebagai pekerja asing sah menerusi program RTK.
00:53Ops Bleach ini adalah operasi susulan yang dijalankan SPRM berkait sindikat kaunter setting menerusi Ops Rentas dan Ops Digo yang dijalankan baru-baru ini.
01:03Susulan penahanan itu, SPRM turut menyita wang tunai lebih RM116,000, 14 unit peranti telekomunikasi, barang kemas serta kepingan emas, 3 unit kereta serta 2 unit motosikal.
01:17Semalam, SPRM dilapor menahan 11 individu bagaimanapun 4 daripadanya telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.
01:26Sementara itu, pengarah kanan bahagian perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
01:39Terima kasih telah menonton!

Recommended