Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Sebanyak 608 daripada keseluruhan 3,093 kes jenayah seksual melibatkan individu di bawah 18 tahun dalam tempoh 2023 hingga Oktober tahun ini, direkodkan berlaku di kawasan sekolah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 608 daripada keseluruhan 3,093 kes jenayah seksual melibatkan individu di bawah 18 tahun dalam tempoh 2023 hingga Oktober tahun ini direkodkan berlaku di kawasan sekolah.
00:17Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi M. Kulasegaran berkata daripada jumlah keseluruhan itu 1,760 kes dicatat berlaku pada 2023 manakala pada 2024 sebanyak 1,041 kes dan 892 kes lagi dari Januari hingga Oktober tahun ini.
00:43Jumlah tangkapan kes bagi tempoh sama sebanyak 3,601 membabitkan 1,194 tangkapan pada 2023 dan 1,348 pada 2024 serta 1,059 bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas.
01:02Bagi menangani isu itu, beliau berkata Kementerian Pendidikan KPM telah menubuhkan Jawatan Kuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan yang berperanan meliti dan memperkukuh langkah keselamatan di sekolah.
01:15Jawatan kuasa itu menggabungkan pelbagai kepakaran termasuk akademik dan agensi kerajaan.
01:20Antara penambahbaikan yang dilaksanakan jawatan kuasa itu terhadap program sekolah selamat termasuk menjalankan audit keselamatan di sekolah terlibat.
01:28Mengulas mengenai inisiatif untuk mewujudkan pangkalan data kebangsaan bagi pesalah seksual bawah umur, Kula Segaran berkata Kementerian Dalam Negeri bersedia untuk menyokong pelaksanaan pusat data kanak-kanak kebangsaan NCDC melalui perkongsian data pelbagai kementerian.
01:45Bagaimanapun beliau berkata pelaksanaannya tertaluk di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 Akta 611 iaitu PDRM tidak dibenarkan mendedahkan sebarang butiran pengenalan termasuk gambar atau maklumat kanak-kanak di mana-mana platform media sosial atau medium awam.
02:02Terima kasih telah menonton!

Recommended