00:00Pertama, Perdana Menteri Kemboja Han Manit dan Perdana Menteri Thailand Anutin Chan Virakul memberi maklum balas positif serta menegaskan komitmen untuk mencari penyelesaian damai seterusnya mematuhi perkara yang dipersetujui dalam perjanjian damai Kuala Lumpur.
00:21Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah berhubung dengan Han Manit dan Anutin untuk membincangkan perkembangan usaha damai susulan insiden terkini di sempadan kedua-dua negara.
00:35Tegas Anwar Pendirian Malaysia untuk melihat persahabatan dan gencatan senjata antara kedua-dua negara diperkukuh selaras persefahaman yang dimeterai di Kuala Lumpur bulan lalu.
00:48Katanya beliau juga menyatakan kesediaan Malaysia untuk terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam merintis jalan damai itu.
00:57Anwar berkata, kedua-dua Perdana Menteri turut menyampaikan penghargaan atas pendirian Malaysia serta peranan yang digalas bukan sahaja sebagai pengurusi ASEAN tetapi selaku sahabat dan jiran serantau yang mendambakan keamanan.
01:12Anwar berharap Thailand dan Kemboja terus menunjukkan kesungguhan untuk mengembalikan kestabilan di perbatasan demi keamanan yang berkekalan di rantau ini dan demi keselamatan rakyat kedua-dua negara.
01:25Terima kasih kerana menonton!
01:30Terima kasih kerana menonton!