00:00Kilang shilling Amerika Syarikat US Mint pada Rabu menamatkan pengeluaran shilling satu sen atau peni yang beredar selama lebih dua abad.
00:09Dalam satu acara rasmi di kilang shilling Philadelphia, bendahari Amerika Syarikat Brandon Beach menempa shilling satu sen terakhir
00:18bagi menandakan berakhirnya secara rasmi pengeluaran peni selepas 232 tahun.
00:25Pemangku pengarah Min Christy McNally berkata walaupun pengeluaran umum berakhir hari ini, legasi peni akan terus hidup.
00:37Ia seiring perubahan penggunaannya dalam perdagangan, kepentingannya dalam sejarah Amerika akan terus kekal.
00:43Kos pengeluaran yang semakin meningkat dan tabiat pengguna yang berubah menjadikan pengeluaran peni tidak lagi mampan
00:50apabila kos menghasilkan setiap shilling meningkat daripada 1.42 sen sedekat lalu kepada 3.69 sen.
01:00Awal tahun ini, Presiden Donald Trump mengarahkan Jabatan Perbendaharaan untuk menghentikan apa yang beliau sebut sebagai pengeluaran peni yang membazir.
01:09Penggantungan pengeluaran peni dijangka menjimatkan kira-kira 56 juta dolar Amerika setahun.
01:14Peni pertama kali dikeluarkan pada tahun 1793, setahun selepas ia diluluskan melalui akta shilling.
01:23Walaupun pengeluaran untuk edaran dihentikan, peni masih sah digunakan sebagai wang tunai.
01:28Dianggarkan terdapat 300 bilion peni dalam edaran, jauh melebihi jumlah yang diperlukan untuk perdagangan.
01:35Yusmin juga memaklumkan mereka akan terus menghasilkan versi penggumpul peni dalam kuantiti terhad untuk tujuan sejarah dan koleksi.