00:00Beberapa konsert yang menampilkan pemuzik Jepun di bandar-bandar utama China telah dibatalkan serta-merta minggu ini.
00:07Langkah itu menyusul berikutan ketegangan diplomatik antara Beijing dan Tokyo yang kian memuncak.
00:14Pihak berkuasa China memberi amaran persembahan oleh artis Jepun yang dijadwalkan sehingga akhir tahun mungkin dibatalkan.
00:30Sebagai konteks, ketegangan memuncak selepas Perdana Menteri Jepun Sanai Takaichi awal bulan ini
00:57memberitahu Parlimen serangan China ke atas Taiwan boleh mencetuskan tindak balas ketenteraan dari Jepun sekaligus menimbulkan kemarahan Beijing.
01:05China mendakwa Taiwan sebagai sebahagian dari wilayahnya dan tidak menolak penggunaan kekerasan untuk menguasai pulau tersebut.
01:13Untuk rekod, China mempunyai sejarah memboikot budaya sesebuah negara sebagai bentuk tekanan ekonomi semasa pertikaian diplomatik.