Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Isnin ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka putuskan sama ada bekas PM Najib Razak boleh jalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, Isnin 22 Disember ini esok, jadi penentu pada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
00:08Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual memutuskan permohonan semakan kehakiman berhubung dakwaan kewujudan titah dandam diraja
00:14yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
00:20Ketusan itu akan disampaikan oleh Hakim Alice Luk Yicheng.
00:25Najib Kini menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah atas kesalahan menyalahgunakan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram
00:36melibatkan dana berjumlah RM42 juta bilik SRC International Senang Berhad.
00:42Pada 2 Februari tahun lalu, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara beliau daripada 12 tahun kepada 6 tahun
00:48selain denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
00:53Bagaimanapun, pada 1 April 2024, Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan mendakwa wujud satu perintah tambahan diraja
01:03yang membolehkan beliau menjalani hukuman di bawah tahanan rumah.
01:07Permohonan itu pada awalnya ditolak mahkamah tinggi, namun Najib berjaya di mahkamah rayuan dengan keputusan majoriti 2-1.
01:15Rayuan pejabat peguam negara di mahkamah persekutuan kemudiannya ditolak sekaligus membuka laluan kepada pendengaran penuh kes ini di mahkamah tinggi.
01:23Keputusan Isnin ini dijangka menjadi titik penting dalam perjalanan perundangan kes berprofil tinggi.

Recommended