Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar

Tumpuan #AWANI745 malam ini:

- Malaysia kecam tindakan Zionis gantung operasi bantuan ke Gaza

- 3.2 tan sampah dikutip sambutan ambang tahun baharu

- Peguam direman, kes subahat dengan banduan seludup dadah ke penjara

- Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar New York dengan al-Quran

Category

🗞
News
Transcript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:30Terima kasih kerana menonton!
01:00Terima kasih kerana menonton!
01:02Terima kasih kerana menonton!
01:04Terima kasih kerana menonton!
01:06Terima kasih kerana menonton!
01:08Terima kasih kerana menonton!
01:10Terima kasih kerana menonton!
01:12Terima kasih kerana menonton!
01:14Merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
01:18Menurut Wisma Putra, langkah itu akan terus memburukkan lagi krisis dan malapetaka kemanusiaan yang sedia ada meruncing susulan perang rejim itu terhadap penduduk di wilayah Palestine yang telah berlarutan selama lebih dua tahun.
01:34Halangan terhadap bantuan kemanusiaan jelas Wisma Putra merupakan hukuman kolektif ke atas orang awam dan menjejaskan sifat berkecuali serta kebebasan petugas kemanusiaan.
01:44Wisma Putra menegaskan, rejim Israel diwajibkan secara sah di bawah konvensyen Geneva ke-4 untuk memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan ke Gaza.
01:53Sehubungan itu, Malaysia menggesa komuniti antarabangsa bertindak tegas bagi memaksa Israel membatalkan keputusannya dengan serta-merta dan memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan sepenuhnya tanpa sekatan atau rejim itu perlu dipertanggungjawabkan atas pelanggaran undang-undang antarabangsa.
02:10Malaysia turut menegaskan semula solidariti yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestine dan akan terus memperjuangkan penamatan pencerobohan Israel, penarikan balik sekatan ke atas Gaza serta penubuhan negara Palestine yang berdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan PRAS 1967 dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negaranya.
02:29Seorang lelaki dan bapa mentuanya dihukum penjara 9 tahun 5 bulan setelah mengaku bersalah terhadap pelbagai kesalahan jenayah termasuk rompak, pecah rumah dan menyimpan harta curi sejak November tahun lalu.
02:46Tertuduh Muhammad Firdaus Muhammad Nazir berusia 24 tahun dan Rasul Din Jamal Muhammad berusia 47 tahun membuat pengakuan bersalah terhadap enam petuduhan termasuk tiga kesalahan secara bersama di Mahkamah Session dan Mahkamah Magistrat Al-Ustah.
03:01Tempoh keseluruhan Muhammad Firdaus dipenjara bagaimanapun adalah tiga tahun manakala Rasul Din pula selama 18 bulan selepas mengambil kira tarikh hukuman serentak sejak mereka ditangkap dan disabitkan kesalahan.
03:17Dalam proseding di Mahkamah Session, Hakim Sharmila Abdul Samad menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara terhadap Muhammad Firdaus lepas merompak beg tangan milik seorang wanita.
03:27Dia turut mengaku bersalah di Mahkamah Magistrat terhadap kesalahan pecah rumah di Taman Seri Derga, Jalan Datuk Kumbar kira-kira pukul 4 pagi 18 November lalu.
03:39Bagi dua pertuduhan bersama dengan Rasul Din, mereka didakwa menyimpan harta curi iaitu telefon bimbit jenis Samsung dan enjin motosikal Modenas Chris D sebuah rumah di lorong air putih Jalan Kota Tanah di Al-Ustah.
03:53Rasul Din turut dipenjara tujuh bulan bagi satu lagi pertuduhan di bawah seksyen itu kerana menyimpan harta curi iaitu sebuah beg, empat keping mata wang asing, pelbagai negara dan dua utas jam tangan termasuk berjenama Rolex di lokasi dan tarikh yang sama.
04:10Terdahulu di hadapan Magistrat Iliana Ismail, Muhammad Firdaus dan Rasul Din dipenjara lima bulan selepas mengaku bersama-sama menyimpan telefon jenis Vivo yang diragut daripada seorang warga Myanmar.
04:23Seorang peguam ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai bersubahat dengan seorang banduan bagi menyeludup dadah ke penjara marang.
04:36Ketua Polis Terengganu, Datuk Muhammad Khairi Khairuddin berkata suspek yang berusia 32 tahun itu ditahan pada Isnin di Kuala Terengganu pada jam 10.45 pagi.
04:45Menurut Muhammad Khairi, perbuatan licik itu terbongkar selepas pegawai kanan penjara menjalankan pemeriksaan terhadap seorang banduan yang baru saja selesai menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Desember lalu.
05:00Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa objek asing yang mencurigakan di dalam tubuh badan banduan tersebut.
05:10Banduan mengenaan kemudiannya dibawa semula ke penjara dan terus diasingkan.
05:17Pada hari yang sama, banduan tersebut telah membuang air besar dan mengeluarkan sebanyak 12 ketul.
05:24Hasil pemeriksaan mendapati ketulan-ketulan tersebut disyaki mengandungi dadah jenis pil kuda dan ganja.
05:32Sesudahan kejadian itu, pihak penjara membuat laporan polis sebelum kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
05:43Menurut Muhammad Khairi, keseluruhan rampasan membabitkan pil diaba seberat 123 gram, ganja 21 gram dan erimin 5 13 gram dengan nilai dianggarkan RM16,000.
05:55Katanya lagi, dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan oleh kira-kira 800 orang penagih.
06:01Beliau berkata ujian saringan air kencing terhadap suspek peguam mendapati lelaki itu negatif dadah dan suspek direman selama 6 hari bermula 30 Desember hingga 4 Januari.
06:12Polis dalam pandi itu terus mengesan seorang wanita bernama Nurulun Rasikin Aladin yang berlalamat di kampung batin seberang takir Kuala Terengganu bagi membantu sasatan.
06:22Tujuh individu ditahan pada Op Ambang Tahun Baru yang dijalankan di sekitar Selangor malam tadi.
06:30Ketua Polis Selangor, Datuk Shazali Kaha berkata masing-masing dua tangkapan dilakukan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan memandu secara melulu serta membahayakan orang awam.
06:41Selain itu, polis mengeluarkan 1,206 saman atas pelbagai kesalahan trafik.
06:46Daerah Ampang Jaya mencatatkan jumlah saman tertinggi iaitu hampir 200 saman diikuti Syak Alam dan Petaling Jaya.
06:54Pada masa sama, polis mengeluarkan 124 saman di daerah Kelang Utara, Kelang Selatan dan Sungai Buloh.
07:01Dalam perkembangan sama, polis turut menyita 93 kenderaan atas pelbagai kesalahan.
07:06Tegas Shazali, polis tidak akan sama sekali berkompromi terhadap sebarang bentuk ketidakpatuhan undang-undang jalan raya demi melindungi keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.
07:17Op Ambang Tahun Baru itu turut dilakukan dengan kerjasama Jabatan Penangkutan Jalan JPJ dan Jabatan Sukarelawan Malaysia RELA.
07:25Baiklah, dianggarkan 3.2 tan sampah di Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan sekitar menara berkembar Petronas KLCC dikutip Alam Flora Sendirian Berhad atau Alam Flora Pasca Sambutan Ambang Tahun Baru 2026.
07:45Jumlah itu mencatatkan pengurangan dari tahun ke tahun berbanding 3.6 tan yang direkodkan pada 2025 iaitu kira-kira 11%.
07:55Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Syariman Yusuf Mohamad Zin berkata, operasi pemersihan bermula jam 10 malam pada malam tahun baharu dan berakhir jam 8 pagi Kamis demi memastikan bandar raya kembali bersih.
08:10Katanya KLCC mencatatkan jumlah kutipan sampah tertinggi iaitu 1.4 tan diikuti 1 tan di Bukit Bintang dan 0.8 tan di Dataran Merdeka.
08:24Bagi memastikan kelancaran operasi, katanya seramai 152 anggota kerja digerakkan merangkumi kakitangan pengurusan, pasukan pra-pembersihan, pemandu dan pekerja am di tiga lokasi utama ini.
08:37Syariman Yusuf turut memberitahu 3 unit lori kompakter digunakan bagi menyokong operasi kutipan sisa pepejal serta pancuran air bertekanan tinggi untuk membersihkan kaki lima khususnya di kawasan tumpuan ramai.
08:52Tambah beliau sebanyak 36 unit tong sampah mudah alih berkapasiti 660 liter dan 25 unit dengan kapasiti 240 liter ditempatkan di lokasi strategik bagi memudahkan usaha pelupusan sampah yang lebih teratur.
09:08Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya menyeru rakyat Malaysia agar bersama-sama menyambut kedatangan pelawat dari dalam dan luar negara dengan memberikan perkhidmatan terbaik demi memperkukuhkan sektor pelancongan.
09:24Ketua Setiausaha Motek, Datuk Syahrudin Abu Sohut menegaskan barisan hadapan perlu terus mengekalkan sikap mesra pelancong bagi menarik lebih ramai pengunjung ke negara ini.
09:33Kita mengharapkan kita dapat sama-sama menyambut pelawat yang datang sama ada dari dalam negara sendiri ataupun dari luar negara supaya kita dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelancong-pelancong dan pelawat ini.
09:52Kita harapkan barisan hadapan akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik yang mesra pelancong supaya kita dapat menarik lebih ramai lagi orang ataupun pelawat datang ke negara kita.
10:05Saya juga memberikan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama, yang membantu Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dalam menyambut ketibaan pelancong pada hari ini dan juga masa-masa yang akan datang.
10:17Syahrudin berkata Malaysia Airports Holding Berhad MAHB turut memainkan peranan besar kerana lapangan terbang merupakan tanggapan pertama pelancong terhadap negara ini.
10:31Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial. Kononnya, klinik kesihatan tidak lagi menerima pesakit tanpa janji temu atau walk-in.
10:40KKM menegaskan maklumat perkenaan adalah tidak benar dan mengelirukan masyarakat.
10:44KKM menjelaskan walaupun sistem janji temu kini digunakan sebagai kaedah utama pengurusan pesakit, namun perkhidmatan walk-in masih diteruskan khususnya bagi kes kecemasan, warga emas serta individu yang mempunyai kekangan akses teknologi.
11:01Menurut hantaran yang dimuat naik dalam Facebook KKM, pesakit yang hadir tanpa janji temu tetap akan menerima rawatan namun perlu melalui proses penilaian awal bagi menentukan tahap keutamaan rawatan.
11:13Pesakit yang mempunyai janji temu akan diberi keutamaan berdasarkan slot masa yang ditetapkan, namun ini tidak bermakna pesakit walk-in ditolak.
11:21Oleh itu, KKM memaklumkan perkhidmatan walk-in tetap diteruskan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses rawatan yang adil dan saksama.
11:30Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP menaikkan had pengeluaran simpanan bagi tujuan menunaikan ibadah haji kepada RM10,000 berkuatkuasa hari ini.
11:42Had itu dinaikkan bagi membantu bakal jemaah haji menampung kos perbelanjaan yang semakin meningkat.
11:48Sebelum ini, had pengeluaran bagi tujuan haji ditetapkan pada RM3,000.
11:53Jumlah baru itu memberi lebih fleksibiliti kepada ahli KWSP yang menerima tawaran menunaikan haji.
12:00KWSP turut memaklumkan proses permohonan dipermudahkan apabila pengesahan baki simpanan di tabung haji tidak lagi diperlukan.
12:07Langkah ini sejajar dengan usaha penambahbaikan dasar dan produk KWSP di bawah belanjawan 2026 bagi meningkatkan kebajikan ahli.
12:18Inisiatif perkenaan dijangka memberi manfaat kepada ribuan ahli KWSP dalam membuat persediaan kewangan lebih teratur sebelum berangkat ke Tanah Suci.
12:26Jabatan Meteorologi MAP Malaysia mengemaskini amaran hujan berterusan tak waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 3 Januari.
12:40Manakala amaran angin kencang dan laut bergelora berkuat kuasa sehingga 2 Januari 2026 bagi Laut Cina Selatan.
12:47Ketua Pengarah MAP Malaysia Dr. Mohd Hisham Mohd Anik memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Mukah, Bin Tulu serta Miri.
12:59Melalui si laman Facebook MAP Malaysia, analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa luruan monsoor dijangka berterusan sehingga 5 Januari.
13:09Kadang ini berpotensi membawa hujan lebat perterusan di Sarawak serta angin kencang dan laut bergelora di Laut Cina Selatan dalam tempoh tersebut.
13:17Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.med.gov.my dan media sosial rasmi MAP Malaysia serta memuat turun aplikasi MyCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.
13:32Sementara itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan meliputi kawasan Kelang, Gombak, Petaling, Kuala Langat-Hulu Langat dan Sepang di Selangor serta Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.
13:44Selamat tahun baru 2026 sama saya Jasmine Abu Bakar dan ini Sinar Awani dan ini tumpuan yang kami akan bawakan untuk anda pada malam ini.
14:06Zionis celaka gantung operasi bantuan ke Gaza, dunia perlu bertegas.
14:1632 tan sampah dikutip selepas sambutan ambang tahun baru.
14:24Zohran Mamdani yang tak sumpah Dato' Pandai New York City dengan Al-Quran.
14:28Orang ramai diseru mempamerkan sikap rahmah mesra serta budaya hospitaliti sebagai kesiapsiagaan
14:40menyambut kehadiran pelancong antarabangsa selaras dengan tahun melawat Malaysia 2026 VM 2026
14:47termasuk dalam menitik beratkan aspek kebersihan persekitaran.
14:51Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Dato' Sri Tiong King Singh memaklumkan
14:55pelbagai inisiatif telah dilaksanakan kerajaan bagi menjayakan VM 2026
15:00dan warga Malaysia perlu bekerjasama dalam menunjukkan contoh terbaik kepada pelancong.
15:05Kita berharap semua pelancong-pelancong daripada seluruh dunia ini kita boleh meningkat
15:18dan juga kita rakyat Malaysia mesti mempersetia menerima pelancong-pelancong daripada seluruh dunia ini.
15:29Jadi semalam saya melawat, saya ada tempat aduan, saya minta agensi-agensi terlibat
15:35diorang kata bila pelancong tanya, diorang tidak begitu mesra, not friendly
15:42dan diorang marah-marah.
15:46Tadi saya minta lah semua rakyat mari kita bersama-sama membuktikan negara kita
15:52we are very friendly country dan kita budaya mestilah
15:58orang menunjukkan kita selamat datang pelancong-pelancong daripada seluruh dunia ini.
16:05Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan pelawat antarabangsa
16:10di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 KLIA Terminal 1 pada Khamis.
16:16Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM bersama 13 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Hal Iwal Agama
16:29menganjurkan GEMA Syukur 2026 sebagai platform alternatif sambutan tahun baru 2026.
16:36Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Sirajudin Suhaimi, program ini memberi pengisian ilmu dan ruhani
16:42berbeza daripada kebiasaan sambutan sebelum ini.
16:44ini antara lain pendekatan yang kita bawa sebagai alternatif
16:50bukan alternatif sebagai pilihan kepada majlam
16:53selain sebelum ini kalau tahun baru masih ini orang duduk berhimpun
16:57duduk bersorak menghitung detik 12 malam untuk tahun baru
17:02tapi kita bawa ke masjid untuk bersama-sama beramal
17:05mendapat sedikit suntikan ilmu sebagai bekalan hari ini dan hari esok insyaAllah.
17:11jadi Alhamdulillah sampai ke pagi ini kita nampak sambutan
17:15walaupun pastinya masing-masing ada ruang, peluang dan juga perkara yang perlu ditunaikan
17:20tapi mereka masih kekal di masjid sehinggalah selesai majlis sebentar tadi. Alhamdulillah.
17:27Beliau berkata demikian selepas selesai merasmikan program GEMA Syukur 2026
17:33di Masjid Putera Putrajaya pada Khamis.
17:36program itu turut menyatuni golongan memerlukan melisi penyampaian sumbangan kepada 100 orang asnaf.
17:43Selain itu beberapa bantuan lain turut disalurkan kepada golongan berkenaan
17:47yang diagihkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mawib serta MyFund Action.
17:52dianggarkan 32 tan sampah di Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan sekitar Menara Berkembar Petronaski LCC
18:01dikutip Alam Flora Senja Berhad, Alam Flora pasca sambutan ambang tahun baru 2026.
18:08jumlah itu mencatatkan pengurangan dari tahun ke tahun berbanding 36 tan yang direkodkan pada tahun lalu
18:14iaitu kira-kira 11%.
18:16Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Syariman Yusuf Mohamad Zin berkata
18:23operasi pemersiahan bermula jam 10 malam pada malam tahun baharu
18:27dan berakhiri jam 8 pagi Khamis demi memastikan bandar raya kembali bersih.
18:33Katanya KLCC mencatatkan jumlah kutipan sampah tertinggi
18:37iaitu 1.4 tan diikuti 1 tan di Bukit Bintang dan 0.8 tan di Dataran Merdeka.
18:45Bagi memastikan kelancaran operasi, katanya seramai 152 anggota kerja digerakkan
18:52merangkumi kakitangan pengurusan, pasukan pra-pembersihan, pemandu dan pekerjaan
18:57di tiga lokasi utama ini.
19:00Syariman Yusuf turut memberitahu tiga unit lori kompakter digunakan
19:03bagi menyokong operasi kutipan sisa pepejal
19:06serta pancuran air bertekanan tinggi untuk membersihkan kaki lima
19:11khususnya di kawasan tumpuan ramai.
19:13Tambah beliau sebanyak 36 unit tong sampah mudah alih
19:17berkapasiti 660 liter dan 25 unit
19:21dengan kapasiti 240 liter ditempatkan di lokasi strategik
19:25bagi memudahkan usaha pelupusan sampah yang lebih teratur.
19:31Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM
19:35yang terlibat dalam menahas helikopter di perairan pantai Kelibang, Melaka
19:38pada Rabu Malam menerima rawatan di ICU Hospital Melaka
19:42manakala seorang lagi kru helikopter jenis Superlink
19:45masih lagi menerima rawatan di Zon Kuning Hospital Sama
19:49dan dua lagi pegawai termasuk juruterbang sudah dibenarkan discharge
19:53selepas menerima rawatan akibat kecederaan ringan.
19:56Di malam Menteri Pertahanan, Adli Zahari berkata
20:02Lieutenant Commander Afiq Muzani Abdul Aziz yang beranan sebagai pegawai
20:07taktikal udara TACO kini berada di ICU akibat komplikasi pada paru-paru
20:12bagaimanapun dilaporkan stabil.
20:15Kementerian Pertahanan kini juga sedang berusaha mendapatkan kerjasama
20:19antara Hospital Melaka dan Hospital Angkatan Tentera Lumut
20:23bagi membolehkan pemindahan bintara kanan Muhammad Zulfika Mohidi
20:27yang cedera di pinggang dan betis kanan bergantung kepada tahap kesihatan semasa.
20:33Jadi kalau kita lihat memang kita kerapikan bahawa kemalangan
20:37boleh berlaku di mana-mana pun tetapi yang paling penting bagi kita adalah
20:42bagaimana kita melihat penyelesaian kepada isu-isu ini
20:46kerana kita kalau boleh kita tak mahu benda-benda
20:48langsung tahu ini berlaku.
20:50Jadi semua aspek kita akan ambil kira dalam penilaian kita
20:53sama ada dari segi rota kita dan juga dari segi teknikal
20:58termasuk kebayaan-kebayaan sel.
21:03Mereka, operasi awak naik pakai pesawat itu?
21:06Saya senang belajar itu.
21:07Senang belajar lah.
21:07Jadi kita akan selesaikan hari ini juga.
21:10Dalam kejadian pada Rabu malam,
21:13sebuah helikopter Superlink milik TLDM
21:15terpaksa melakukan pendaratan cemas
21:17di perairan pantai Kelebang.
21:20TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan
21:23insiden itu berlaku kira-kira jam 10.50 malam
21:26ketika helikopter berkenaan sedang melaksanakan
21:28penerbangan demonstrasi.
21:30Penerbangan itu sempena sambutan hari ulang tahun
21:32ke-60 grup gerak khas,
21:35tentera darat dan ambang tahun baru Melaka
21:37yang berlangsung di Ongkor, Kota Laksmana.
21:45Seorang wanita yang bertindak agresif
21:47terhadap anggota polis dan mengganggu
21:49ketenteraan awam di Mergong di Reman dua hari.
21:52Perintah Reman dikeluarkan Magistrik Mahkamah Al-Ustaz
21:55Anur Syifa Muhammad Hamzah
21:56bermula Khamis sehingga 2 Januari
21:58bagi membantu polis melengkapkan siasatan.
22:02Ketua Polis Daerah Star ACP Syed Basfi Syed Ali
22:07berkata suspek berusia 34 tahun itu
22:09disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Kesiksaan
22:13kerana menggunakan kekerasan jenayah
22:15untuk menakutkan penjawat awam
22:17semasa menjalankan tugas.
22:18Serta Seksyen 298 Kanun Kesiksaan
22:21kerana dengan sengaja mengeluarkan kata-kata
22:24yang boleh mendatangkan kemerahan
22:25atau menyinggung perasaan penganut
22:28mana-mana agama dan Seksyen 504 Kanun Kesiksaan.
22:32Syed Basri berkata suspek ditahan
22:34kira-kira 2 setengah petang rabu
22:36selepas laporan diterima berkaitan
22:38seorang individu dipercayai kurang siuman
22:40telah menumbuk seorang pekerja di sebuah syarikat.
22:43Beliau berkata ketika kejadian
22:45dua anggota polis ke lokasi kejadian
22:47bagi memberikan bantuan.
22:49Setibanya di lokasi anggota polis
22:51mendapati suspek seorang wanita warga tempatan itu
22:54sedang membuat kacau dan mengangguk
22:56tenteraman awam.
22:57Syed Basri berkata anggota polis
22:59kemudian memperkenalkan diri dan cuba
23:01menenangkan keadaan dengan memujuk
23:03suspek untuk bertenang.
23:05Bagaimanapun suspek tiba-tiba bertindak
23:07agresif dan provokatif dengan
23:09meninggikan suara, memakihamun serta
23:11membuat isyarat lucah ke arah
23:13salah seorang anggota polis.
23:14Suspek turut membalingkat pengenalan miliknya
23:17dan meludah ke arah anggota tersebut.
23:19Malaysia mengecam sekeras-kerasnya
23:31keputusan rejim Zionis Israel
23:32melarang dan menggantung operasi
23:34sebilangan besar Organisasi Bantuan
23:36Kemanusiaan Antarabangsa di Gaza.
23:39Isma Putra dalam kenyataan pada Khamis
23:40memaklumkan tindakan itu merupakan
23:43pelanggaran jelas terhadap undang-undang
23:45kemanusiaan antarabangsa.
23:46Menurut Isma Putra, langkah itu akan
23:51terus memburukkan lagi krisis dan
23:53malapetaka kemanusiaan yang sedia ada
23:55meruncing susulan perang rejim itu
23:57terhadap penduduk di wilayah
23:59Palestine yang telah berlarutan selama
24:01lebih dua tahun.
24:02Halangan terhadap bantuan kemanusiaan
24:04jelas Isma Putra merupakan hukuman kolektif
24:07ke atas orang awam dan menjejaskan
24:09sifat berkecuali serta kebebasan
24:11petugas kemanusiaan.
24:12Isma Putra menegaskan, rejim Israel
24:14diwajibkan secara sah di bawah konvensyen
24:17Geneva ke-4 untuk memastikan akses
24:19kemanusiaan tanpa halangan ke Gaza.
24:22Sehubungan itu, Malaysia menggesa
24:23komuniti antarabangsa bertindak tegas
24:25bagi memaksa Israel membatalkan
24:27keputusannya dengan serta-merta dan
24:30memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan
24:32sepenuhnya tanpa sekatan atau rejim itu
24:34perlu dipertanggungjawabkan atas
24:36pelanggaran undang-undang antarabangsa.
24:38Malaysia turut menegaskan semula
24:40solidariti yang tidak berbelah bahagi
24:42kepada rakyat Palestine dan akan
24:44terus memperjuangkan penamatan
24:45pencerobohan Israel, penarikan balik
24:48sekatan ke atas Gaza serta penubuhan
24:50negara Palestine yang berdeka dan berdaulat
24:52berdasarkan sempadan PRAS 1967
24:54dengan Baitul Maghdis Timur
24:56sebagai ibu negaranya.
25:00Sementara itu, beberapa penduduk Palestine
25:02yang kehilangan tempat tinggal di Khan Yunis
25:04meluahkan harapan untuk keamanan, keselamatan
25:08sempena ketibaan tahun 2026.
25:11Seorang penduduk dikenali sebagai
25:12Muhammad Abu Shamala
25:13menifatkan 2025 sebagai tahun paling
25:17sukar buat keluarganya dan berharap
25:19agar wujud sinar buat semua
25:20rakyat Palestine untuk kembali ke rumah
25:23mereka tidak lama lagi.
25:24Mereka tidak lama lagi.
25:53Sebelum ini, Israel dan kumpulan
26:01pejuang Palestine Hamas mencapai
26:03persetujuan genjatan senjata pada
26:04Oktober lalu selepas dua tahun serangan
26:06udara dan operasi ketenteraan
26:08Israel di Gaza.
26:10Kementerian Kesihatan Gaza pula mendakwa
26:12Israel telah membunuh lebih 400 orang
26:14di wilayah itu sejak persetujuan
26:16dicapai. Malakala Israel pula
26:18menyatakan tiga askarnya terkorban.
26:23Sebanyak 688 kes eksploitasi seksual
26:41kanak-kanak dalam talian direkodkan
26:43dari Januari 2021 sehingga November
26:46tahun lalu. Ketua Polis Nenggara
26:48Dato' Sri Muhammad Khalid Ismail berkata
26:50selain itu, 351 kes berkaitan
26:53bahan penderaan seksual kanak-kanak
26:55dilaporkan antara Januari 2021
26:57hingga Oktober tahun lalu.
27:00Muhammad Khalid memberitahu kerugian
27:02yang ditanggung akibat jenayah
27:04penipuan dalam talian mencecah lebih
27:062.7 bilion ringgit dari Januari
27:09hingga November tahun lalu.
27:11Sehubungan itu, kata beliau, Polis
27:13Diraja Malaysia PDRM menyokong
27:15penuh pelaksanaan Akta Keselamatan
27:17dalam Talian 2025 ONSA yang disifatkan
27:20sebagai kerangka perundangan baharu.
27:22Katanya ia dapat memperkukuhkan
27:24keselamatan pengguna dan meningkatkan
27:26tanggungjawab platform digital
27:28dalam melindungi rakyat daripada
27:30ancaman cyber.
27:32Muhammad Khalid berkata,
27:33pelaksanaan ONSA merupakan langkah penting
27:35bagi memastikan platform digital
27:37bertanggungjawab dalam mengekang
27:39penyebaran kandungan berbahaya
27:41serta menutup ruang operasi
27:43penjenayah cyber.
27:44Menurutnya, pelaksanaan Akta itu
27:46turut memperkukuh tindakan
27:48terhadap eksploitasi kanak-kanak,
27:50penipuan dalam talian,
27:51penyalahgunaan identiti
27:52dan kandungan ekstremisma.
27:55Jelas beliau, pendekatan itu adalah
27:56selaras dengan komitmen untuk melindungi
27:58rakyat dan memastikan mereka selamat
28:00dalam persekitaran cyber masa hadapan.
28:03Sehubungan itu, PDRM akan terus
28:05bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya
28:07Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC,
28:10Kementerian Berkaitan serta penyedia
28:13platform digital menerusi pendekatan
28:15whole of government bagi memastikan
28:17tindakan terhadap jenayah cyber
28:19dapat dilaksanakan secara lebih pantas,
28:22tersusun dan berkesan.
28:26Kemudaratan dalam talian di Malaysia
28:28dilihat semakin serius dan tidak lagi
28:30boleh dianggap sebagai isu terpencil.
28:32Kes penipuan berskala besar,
28:34buli cyber serta eksploitasi seksual
28:36kanak-kanak jelas membuktikan
28:38pendekatan kawal selia secara sukarela
28:40sahaja tidak lagi mencukupi.
28:43Sebuah itu, Suruhanjaya Komunikasi
28:44dan Multimedia Malaysia, MCMC,
28:46memperkenalkan Akta Keselamatan
28:48Dalam Talian 2025 atau ONSA
28:50bagi memperkasakan
28:52takbir urus keselamatan digital.
28:57Pakal Sosial, Datuk Profesor
28:59Muhammad Syatar Sabran berkata,
29:01ONSA mengalihkan fokus kawal selia
29:04penyalahgunaan cyber daripada pengguna
29:06semata-mata kepada reka bentuk,
29:08sistem serta algoritma platform digital
29:11khususnya demi melindungi kanak-kanak
29:13dan keluarga.
29:15Menurut Muhammad Syatar,
29:16akta itu memberi tumpuan kepada
29:18kandungan berisiko tinggi seperti
29:19bahan penderaan seksual kanak-kanak,
29:22penipuan kewangan,
29:23kandungan lucah, gangguan ugutan
29:25serta komunikasi menghasut.
29:27ONSA ini sangat-sangat tepat
29:31diperkenalkan supaya kita dapat
29:32mengawal selia,
29:34kita dapat mengawal sebaik mungkin
29:36untuk mengurangkan keberangkalian
29:39perkara-perkara yang tidak diingini
29:41berlaku hasil daripada
29:42kewujudan ataupun penyalahgunaan
29:45media sosial yang ada pada hari ini.
29:48Katanya akta ini menetapkan
29:50tanggungjawab yang jelas
29:51kepada platform berlesen
29:52untuk menilai dan mengurus
29:53risiko kandungan berbahaya
29:55selain menyediakan kawalan keselamatan
29:57kepada pengguna.
29:58Kalau kontak ini,
29:59penyedia platform mereka juga
30:01mempunyai tanggungjawab
30:02dan mereka juga akan membuat penilaian.
30:04Kalau mereka menyediakan platform
30:06yang membenarkan perkara-perkara negatif
30:07yang berlaku dalam masyarakat,
30:09mereka juga akan diseret
30:10ataupun didakwa
30:11berdasarkan peraturan-peraturan
30:13yang telah disediakan
30:15dan saya rasa komitmen dan tanggungjawab
30:18dua-dua pihak.
30:18Yang pertama, yang pengguna
30:20dan yang kena penyedia juga
30:21akan bertanggungjawab
30:22dan insyaAllah kita rasa kombinasi dua ini
30:24perkara-perkara yang kita lihat
30:26selama ini dapat kita kurangkan.
30:29Keperluan terhadap Onsa
30:30turut diperkukuh
30:31dengan data semasa
30:32yang menunjukkan kerugian
30:33sebanyak 2.7 bilion ringgit
30:36akibat penipuan dalam talian
30:38antara Januari hingga November 2025.
30:42Sejak 2020 pula
30:43sebanyak 38,470 kandungan buli
30:47dan gangguan telah diturunkan
30:49manakala 880,000
30:51fail penderaan seksual
30:53kanak-kanak dirampas
30:54menerusi operasi
30:55PEDO 2.0
30:57Zohran Mamdani mencipta sejarah
31:19menjadi Datuk Bandar New York City pertama
31:21mengangkat sumpah jawatan
31:23dengan menggunakan Al-Quran
31:24Datuk Bandar Muslim pertama
31:26kuota metropolitan terbesar
31:28di Amerika Syarikat itu
31:29yang berusia 34 tahun
31:30menggunakan kitab suci
31:32peninggalan Datuknya
31:33dan salinan berusia 200 tahun
31:35yang dipinjam dari
31:37Perpustakaan Awam New York
31:38untuk acara persendirian tersebut
31:40yang berlangsung di
31:41stesen kereta api bawah tanah
31:43Tebia di Times Square.
31:45Jabat Datuk Bandar menjelaskan
31:47lokasi di bawah Dewan Bandar Raya
31:49dipilih untuk mencerminkan
31:51komitmen Zohran
31:52kepada golongan pekerja
31:53selepas Parti Demokrat
31:55berkempen untuk menangani
31:56kos sari hidup
31:57yang semakin meningkat.
31:59Zohran menifatkannya
32:00sebagai satu penghormatan
32:01seumur hidup.
32:03Majlis Angkat Sumpah tersebut
32:04disempurnakan di hadapan
32:06pengguam negara New York
32:07Leticia James
32:08yang sebelum ini
32:09pernah mendakwa
32:10Presiden Donald Trump
32:11berhubung kes penipuan.
32:14Lantikan ahli politik
32:14kelahiran Uganda itu
32:16dijangka menimbulkan
32:17petikaian dengan Trump
32:18memandangkan dasar
32:19kedua-duanya
32:20termasuk dalam
32:21isu imigresen
32:22saling bertentangan.
32:28Perdana Menteri Britain
32:29Kay Stammer
32:30dalam perutusan
32:31tahun barunya
32:31menyuarakan keyakinan
32:33tahun 2026
32:34akan membawa
32:35perubahan positif
32:35kepada United Kingdom.
32:37Dalam perutusannya
32:38beliau mengakui
32:39kehidupan rakyat
32:40di Britain
32:40ketika ini
32:41lebih sukar
32:42berbanding sebelumnya.
32:44Selebihnya
32:44dalam mesej tersebut
32:45Stammer terut mengakui
32:46kecewa terhadap
32:48kadar kemajuan yang
32:49perlahan
32:49namun menegaskan
32:50jabaran serta masalah
32:52yang dihadapi
32:52berakar umbi
32:53sejak beberapa dekat lalu
32:55dan tidak boleh
32:56diselesaikan
32:57dalam tempoh yang singkat.
33:00Bagaimanapun
33:01beliau menegaskan
33:01haluan kerajaan
33:02pimpinannya
33:03akan terus kekal
33:04bagi mengatasi
33:05kemerosotan
33:06dan pepecahan
33:07yang ditawarkan
33:07pihak lain
33:08selain berjanji
33:09untuk membina
33:10semula negara
33:11secara berperingkat
33:12dan berterusan.
33:15terhadap
33:23All the times that have been tough
33:25I hope the festive period
33:28Has brought good moments
33:30Precious time
33:32With your family
33:33A chance to celebrate
33:35What's most important to you
33:37I wish you more of those moments
33:40Next year
33:41When things start to feel easier
33:43When politics shows
33:45It can help again
33:46When Britain turns the corner
33:49With our future now
33:51In our control
33:53The real Britain
33:55Will shine through more strongly
33:57Happy New Year
34:00Kenyataan itu menyusul
34:01Ketika mana parti buruh pimpinan setama
34:03Berdepan penurunan sokongan
34:05Yang ketara dalam tinjauan pendapat
34:07Sepana setahun pentadbirannya
34:09Susulan kemenangan besar
34:11Dalam pilihan raya umum Julai 2024
34:13Dalam perkembangan sama
34:14Parti berhaluan kanan
34:16Dan anti-kesatuan Eropah
34:17Reform UK
34:18Yang diketuai arkitek Brexit
34:20Nigel Farage
34:22Dilaporkan menikmati
34:23Kelebihan dua digit
34:24Secara konsisten
34:25Dalam beberapa tinjauan pendapat
34:27Sekaligus meningkatkan
34:28Tekanan politik
34:29Terhadap kerajaan semasa
34:31Sensasi K-pop BTS
34:35Akan kembali dengan
34:36Sebuah album baru
34:37Pada 20 Mac
34:38Diikuti dengan
34:39Jelajah Dunia
34:40Album baru tersebut
34:41Merupakan keluaran pertama
34:42Oleh kumpulan tersebut
34:43Dalam tempoh lebih
34:44Tiga tahun
34:45Sejak album
34:46Anthology
34:462022
34:47Berjudul
34:48Proof
34:49Tarikh kemunculan semula itu
34:50Pertama kali didedahkan
34:52Melalui surat tahun baru
34:54Tulisan tangan
34:55Kepada para peminat
34:56Di mana kumpulan tersebut
34:57Mengucapkan terima kasih
34:58Atas sokongan yang diberikan
35:00Sepanjang tempoh rehat
35:01Dan memberi bayangan
35:03Mengenai pelancaran
35:04Pada 20 Mac
35:05Dalam surat-surat tersebut
35:07Anggota kumpulan itu
35:08Menulis mesej ringkas
35:09Kepada peminat
35:10Termasuk RM
35:11Dan Jin
35:12BTS berehat
35:13Sementara waktu
35:14Kerana anggotanya
35:15Menjalani perkhidmatan
35:16Ketenteraan wajib
35:18Korea Selatan
35:18Secara
35:19Bergilir-gilir
35:20Bila laporan BTS itu
35:27Mengakhiri
35:27Sinar Awani
35:28Dan Awani
35:29745
35:30Sempena 1 Januari
35:312026 ini
35:32Saya Jasmine
35:33Assalamualaikum
35:34Kita jumpa lagi
35:41Selamat menikmati

Recommended