• 11 months ago
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki dan bapa mentuanya dihukum penjara lebih 9 tahun selepas mengaku bersalah terhadap jenayah rompak, pecah rumah dan menyimpan harta curi sejak November tahun lalu.
00:20Seorang peguam ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai bersubahat dengan seorang banduan bagi menyeludup dadah ke penjara marang.
00:32Kumpulan wang simpanan pekerja menaikkan had pengeluaran simpanan bagi tujuan menunaikan ibadah haji kepada RM10,000 berkuatkuasa Khamis.
00:41Kementerian Kesihatan menafikan dawaan yang tular dalam media sosial. Kononnya, klinik kesihatan tidak lagi menerima pesakit tanpa janji temu atau walk-in.
00:56Alam Flora Seneriam Rahat mengutip kira-kira 3.2 tan sampah di tiga lokasi utama sekitar Ibu Negara sempena sambutan ambang tahun baharu 2026.
01:07Jabatan Meteorologi Malaysia mengemas kini amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 3 Januari.
01:21Malaysia kecam keras keputusan rejim Zionis Israel untuk melarang dan menggantung operasi sebilangan besar Organisasi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa di Gaza.
01:31Puluhan orang maut dan seratus lagi cedera dalam satu kebakaran semasa pesta malam tahun baru di bandar peranginan Crown Montana, Switzerland.
01:45Zohran Mamdani mencipta sejarah menjadi datuk bandar New York pertama yang mengangkat sumpah jawatan dengan Al-Quran.
01:52Bulgaria menjadi anggota ke-21 Zon Euro pada Khamis dengan sambutan meriah di luar bangunan bank pusat negara itu.

Recommended