00:01Kerajaan Mahdani Komitet memastikan keharmonian kekal menjadi teras kemajuan negara selain memperkukuh ekonomi demi kesejahteraan rakyat.
00:10Menuruti perkongsian di media sosial, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melangkah dengan penuh keyakinan bersama rakyat dalam menyambut harapan baharu.
00:21Dalam hantaran sama, Perdana Menteri turut memuat naik video memaparkan beliau meraihkan sambutan Tahun Baharu yang menjadi pemangkin awal kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
00:35Kempen itu membuka tirainya secara rasmi menerusi penganjuran Visit Malaysia 2026 Countdown Festival, sambutan ambang Tahun Baharu berskala besar yang berlangsung meriah di Pavilion Kuala Lumpur.
00:50Festival Kira Detik yang disertai Perdana Menteri menandakan kesiapsiagaan Malaysia dalam menyambut sasaran 43 juta pelawat antarabangsa sepanjang tahun ini.