00:00PAS menyifatkan dawaan berlaku ribut peletakan jawatan dalam Perikatan Nasional PN sejak beberapa hari lalu tidaklah sebesar seperti yang dijangka.
00:12Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadli Shaari berkata, situasi ribut itu juga tidak berlaku di kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri DUN.
00:21Menurutnya situasi itu juga tidak menunjukkan kesan besar di peringkat Akaumbi apabila ramai pengurusi PN di peringkat negeri dan kawasan masih kekal menggalas mandat serta menunggu arahan kerja daripada pengurusi PN yang baharu.
00:36Beliau turut menegaskan PN akan terus marah ke depan dengan semangat baharu. Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengurusi PN berkuatkuasa 1 Januari.
00:47Bekas Perdana Menteri itu turut melahirkan penghargaan kepada semua kepimpinan PN atas kongan kepada beliau sepanjang memimpin gabungan terbabit.
00:57Susulan keputusan Presiden Bersatu itu beberapa pemimpin Bersatu turut mengumumkan peletakan jawatan mereka dalam PN.
01:05Antaranya ialah Setiausaha Agong Bersatu Datuk Sri Muhammad Azmin Ali yang meletakkan jawatannya sebagai Setiausaha Agong PN dan pengurusi PN Selangor.
01:14Beberapa penganalisis politik berpandangan tindakan Muhyiddin itu dilihat mungkin dapat meredakan ketegangan bagi jangka pendek tetapi tidak menyentuh akar permasalahan sebenar
01:24iaitu kegagalan struktur PN untuk menguruskan perbezaan kepentingan antara PAS dengan Bersatu.
01:30Terima kasih telah menonton!