• 11 months ago
Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dalam tempoh dua hari susulan siri serangan tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas lima bot yang didakwa terlibat dalam penyeludupan dadah.

Menurut Pemerintah Selatan Tentera Amerika Syarikat, serangan itu dilakukan pada Selasa dan Rabu lalu, namun lokasi kejadian tidak didedahkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 8 terbunuh dalam tempoh 2 hari susulan siri serangan tentera AS ke atas 5 bot yang didakwa terlibat dalam penyeludupan dadah.
00:11Menurut US Southern Command, serangan itu dilakukan pada Selasa dan Rabu lalu, namun lokasi kejadian tidak didedahkan.
00:22Pihak tentera mendakwa dadah telah dipindahkan antara bot-bot berkenaan sebelum serangan dilancarkan.
00:28Tiga individu dilaporkan maut apabila bot pertama diserang, manakala penumpang di dua bot lain terjun ke laut sebelum serangan susulan dilakukan.
00:38Pada Rabu, dua lagi bot turut diserang mengorbankan lima individu yang didakwa menyeludup dadah di laluan sama.
00:45Setakat ini, sebanyak 35 serangan bot direkodkan sejak awal September, dengan sekurang-kurangnya 115 kematian dilaporkan.
00:53Presiden AS Donald Trump mempertahankan tindakan itu sebagai usaha membanteras penyeludupan dadah dan menyifatkannya sebagai konflik bersenjata dengan kartel dadah.

Recommended