• 11 months ago
Bulgaria menyertai zon Euro walaupun berdepan tentangan daripada separuh rakyatnya, menjadikan hanya beberapa buah negara sahaja dalam Kesatuan Eropah yang belum mengguna pakai mata wang tersebut.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bulgaria menjadi anggota ke-21 Zon Euro pada Khamis dengan sambutan meriah di luar bangunan Bank Pusat Negara itu.
00:09Momen bersejarah tersebut diraihkan dengan kiraan detik diikuti dengan paparan imej shilling Euro Bulgaria yang baharu serta bendera Kesatuan Eropah.
00:19Orang ramai berkumpul di dataran berhampiran Bank Pusat untuk menyambut malam Tahun Baharu turut meraihkan penyertaan Bulgaria dalam Zon Euro.
00:31Ramai yang menyatakan keyakinan terhadap perubahan itu dengan penyelidik pemasaran melihatnya sebagai satu bahagian terakhir integrasi negara itu ke dalam Kesatuan Eropah.
00:41Orang awam menyambut baik pertukaran mata wang itu dengan menyatakan bahawa para pelancong tidak lagi akan berdepan masalah pertukaran wang dan para peniaga juga sudah bersedia untuk menerima mata wang liva serta memberi baki dalam Euro.
00:55Bulgaria menyertai Zon Euro walaupun berdepan tentangan daripada separuh rakyatnya menjadikan hanya beberapa buah negara sahaja dalam Kesatuan Eropah yang masih belum menggunapakai mata wang tersebut.
01:08Walaupun sokongan orang awam terhadap Euro adalah tinggi di beberapa negara yang masih belum menyertainya,
01:15parti-parti Euroskeptik dalam kerajaan gabungan dan parlimen dijangka akan menjadi penghalang peluasan lanjut Zon mata wang itu dalam masa terdekat.

Recommended