00:00Keputusan Tiada Tindakan Lanjut atau NFA terhadap 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akal Budi melibatkan timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terletak sepenuhnya di bawah kuasa Jabatan Peguam Negara EJC.
00:18Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa kepada Peguam Negara.
00:31Peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 145 itu adalah kuasa Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mendakwa.
00:42Itu yang saya faham dari segi prinsip Perlembagaan Persekutuan, maknanya itu memang jurisdiction Peguam Negara.
00:51Sama ada apapun keputusan yang dibuat, saya percaya bahawa itu dibuat dalam ruang perundangan mengikut kuasa Peguam Negara yang telah diperuntukkan mengikut Perlembagaan Persekutuan.
01:06Terima kasih kerana menonton!