00:00Indonesia menyasarkan untuk memulihkan operasi penuh di semua kemudahan kesihatan di kawasan yang dilanda banjir dan tanah runtuh di Sumatera seawal Mac ini.
00:10Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin pada Rabu berkata usaha pemulihan memasuki fasa ketiga pada awal Januari.
00:18Ini selepas pihak berkuasa menyelesaikan penilaian dan kerja pembaikan di 87 hospital dan 867 pusat kesihatan masyarakat dalam dua fasa pertama.
00:32Fasa ketiga memberi tumpuan kepada pemulihan fungsi penuh peralatan dan aset perubatan termasuk komputer dan katil hospital di semua kemudahan yang terjejas.
00:43Ujarnya kesemua 87 hospital termasuk sembilan yang dinaiki air sehingga ke paras pinggang telah menyambung semula operasi dalam tempoh dua minggu semasa fasa pertama.
00:54Ia diikuti pemulihan perkhidmatan di 867 pusat kesihatan masyarakat di bawah fasa kedua pada minggu ketiga Disember.
01:04Katanya lagi kira-kira 4,000 sukarelawan telah digerakkan sepanjang tempoh pemulihan pasca bencana
01:10terdiri daripada anggota pelbagai institusi dan organisasi.
01:15Dalam pada itu Presiden Prabowo Subianto pada hari sama juga mengumumkan penubuhan pasukan petugas pemulihan pasca bencana kebangsaan
01:23yang akan dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Tito Karnavian.
01:29Menurut data BNPB Banjir dan Tanah Runtuh yang melanda tiga wilayah di Sumatera
01:34iaitu Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat pada akhir November tahun lalu
01:40mengorbankan 1,178 nyawa dan menyebabkan lebih 238,500 orang hilang tempat tinggal.