00:00Kempen Internet Selamat 2026 Anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC
00:06diperluas ke Bazar Ramadan terpilih di seluruh negara.
00:10Ini sebagai pendekatan turun padang bagi mendekati orang ramai secara lebih santai dan interaktif.
00:16Program yang berlangsung di Bazar Ramadan Sya'alam pada Ahad turut diserikan dengan keberangkatan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Nur
00:24Ashikin.
00:26Selain maklumat berkaitan keselamatan dalam talian, pengunjung bazar turut menerima edaran kit Ramadan percuma yang disediakan MCMC.
00:35Inisiatif berkenaan diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap risiko keselamatan saiber.
00:42Ini termasuk penyebaran maklumat palsu, penimpuan dalam talian serta penggunaan media sosial secara beretika.
00:48Baik, Bazar Ramadan bukan sahaja menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk berbuka juadah puasa,
00:56malah turut dimanfaatkan sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan internet.
01:03Pendekatan turun padang di lokasi tumpuan orang awam seperti Bazar Ramadan turut dilihat dapat mendekati secara lebih santai
01:11sekaligus memberi pendedahan mengenai kepentingan penggunaan internet selamat dan bertanggungjawab.
01:16Itu sahaja, saya Yasmin Ahmad, Astro Awani.