• 9 months ago
Sebanyak 103 kontena sisa e-waste yang dikesan di pelabuhan utama akan dipulangkan ke negara asal mulai 9 April, selepas menerima notis JAS susulan Ops Bongkar yang dijalankan dari 3 hingga 9 Mac.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 103 kontena mengandungi sisa elektronik atau e-waste yang dikesan di pelabuhan utama negara akan dipulangkan semula ke negara
00:09asal mulai 9 April.
00:11Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato' Anis Rizana Muhammad Zainuddin berkata,
00:18kontena berkenaan telah menerima notis arahan Jabatan Alam Sekitar susulan pelaksanaan UPS bongkar di semua pelabuhan utama negara dari 3
00:28hingga 9 Mac lalu.
00:30Katanya kerajaan mengambil tindakan tegas bagi menghalang kemasukan sisa buangan yang tidak boleh dileraikan daripada terus memasuki negara.
00:39Tambah beliau selepas notis dikeluarkan, pihak terlibat diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan.
00:46Beliau berkata, semua sisa e-waste yang telah dikenakan notis akan dihantar pulang pada 9 April.
00:53Beliau turut memaklumkan lawatan kerjanya ke pelabuhan Kelang hari ini bertujuan meneliti penyelesaian isu lambakan kontena sisa e-waste di
01:03pelabuhan tersebut.

Recommended