00:00Laporan berikutnya, Menteri Pendidikan pada Sabtu menyerahkan surat kelulusan bagi Pembinaan Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJKC Heng I
00:09yang akan dibangunkan dalam kawasan pentadbiran pejabat pendidikan daerah PPD Barat Daya.
00:15Fadlina Siddiq berkata, Pembinaan Bangunan Baharu itu penting bagi menyediakan infrastruktur pendidikan yang lebih selesa dan kondusif sejajar dengan peningkatan
00:23permintaan daripada penduduk serta komuniti setempat.
00:28Fadlina berkata, Sekolah Berkenaan akan berpindah dari lokasi sedia ada ke kawasan bawah pentadbiran PPD Barat Daya, manakala tapak lama
00:37akan dikembalikan kepada pemilik asal.
00:40Beliau berkata, pihak Sekolah Persatuan Ibu Bapa dan Guru PIBG, Lembaga Penggelola Sekolah, Alumni serta Jawatan Kuasa berkaitan telah berusaha
00:49mengumpulkan dana bagi membiayai pembangunan berkenaan.
00:52Menurutnya, dana terkumpul telah mencapai RM22 juta dan masih memerlukan dana tambahan untuk penyediaan bilik darjah, makmal, perabot dan infrastruktur
01:02lain.
01:03Beliau berkata, usaha pengumpulan dana akan diteruskan termasuk menerusi majlis makan malam sempena ulam tahun ke-70 sekolah berkenaan.
01:11Fadlina berkata, sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan, Kementerian Pendidikan KPM akan terus meneliti bentuk sokongan yang boleh diberikan, khususnya dari segi
01:21penyelenggaraan selepas panggunan itu siap.