Skip to playerSkip to main content
Ikuti langsung taklimat krisis bekalan global oleh Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

#AWANInews

Category

🗞
News
Transcript
00:00.
00:30.
01:00.
01:30.
02:00.
02:30.
02:31.
02:31.
02:33.
02:33.
02:34.
02:37.
02:58...and juga ekonomi negara.
03:01Pertama, ialah keterjaminan makanan.
03:04Kedua, isu keselamatan domestik dan sempadan.
03:09Dan ketiga, adalah daya tahan sektor pembuatan dalam menghadapi tekanan rantaian bekalan global.
03:18Sejak 8 Julai yang lepas, ketegangan di Asia Barat dilihat kembali meningkat sesulan pertukaran serangan terbaru antara Amerika Syarikat dan
03:30juga Iran.
03:30Iran turut mengumumkan penutupan selat hormos walaupun sebahagian trafik komersial dilaporkan masih bergerak.
03:40Perkembangan ini dijangka terus memberi tekanan kepada harga minyak, kos pengangkutan, tempoh penghantaran dan juga harga bahan mentah global.
03:51Kerajaan sedang memantau keadaan ini secara berterusan supaya sebarang kejutan luar tidak menjejaskan bekalan, harga dan kelangsungan peniagaan dalam negara.
04:04Jadi saya mulakan dengan kedudukan ekonomi yang mana Malaysia sebagai sebuah ekonomi terbuka dan tidak terkecuali daripada kesan turut naik
04:15harga tenaga, perubahan dasar perdagangan serta gangguan laluan perkapalan.
04:23Namun, petunjuk ekonomi bagi separuh pertama tahun ini menunjukkan asas negara kekal kukuh dan berdaya tahan.
04:30Ekonomi Malaysia berkembang 5.4% pada suku pertama 2026, disokong oleh permintaan dalam negeri, sektor perkhidmatan dan pembuatan serta
04:45eksport elektrik dan elektronik yang kekal berdaya tahan.
04:49Anggaran awal KDNK suku kedua 2026 insyaAllah akan diimumkan pada 17 Julai 2026, manakala angka rasmi akan diterbitkan pada bulan
05:03berikutnya.
05:04Inflasi pula pada Mei 2026 kekal terkawal pada 2% berbanding 1.9% pada April.
05:15Peningkatan sedikit ini sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan indeks bagi kumpulan makanan dan minuman kepada 1.4% berbanding 1.2
05:30% pada April 2026.
05:32Di samping kumpulan pengangkutan, insurans dan perkhidmatan kewangan serta penjagaan diri, pelindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan masih mencatatkan
05:46kadar yang tinggi iaitu antara 3.8% daripada 4.9% pada bulan sebelumnya.
05:55Prestasi perdagangan terus memberansangkan.
05:59Bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, jumlah perdagangan meningkat 18.3% kepada hampir 1.5 triliun ringgit.
06:11Export berkembang 24.3% kepada 793.8 bilion ringgit.
06:19Import meningkat 11.8% kepada RM661.1 bilion ringgit.
06:26Dan lebihan dagangan berjumlah RM132.8 bilion ringgit.
06:32Kesemua petunjuk ini mencatatkan nilai tertinggi bagi tempoh Januari hingga Mei.
06:39Momentum aktiviti ekonomi juga terus mengukuh.
06:42Indeks Pelopor meningkat 1.3% pada April, manakala indeks pengeluaran perindustrian bagi sektor pembuatan berkembang 6.4% bagi
06:54tempoh Januari hingga Mei.
06:56Terutamanya ini disokong oleh produk elektrik dan elektronik.
07:01PMI pembuatan pula meningkat kepada 50.7 pada Jun menandakan aktiviti pembuatan kembali berkembang.
07:12Sehingga 3 Julai 2026, ringgit telah mengukuh 8.3% berbanding dolar Amerika daripada paras akhir 2025.
07:24Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman pada 2.75% dengan unjuran pertumbuhan ekonomi negara antara 4 hingga 5
07:35% bagi tahun 2026.
07:37Di peringkat global, tabung kewangan antarabangsa mengunjungkan pertumbuhan ekonomi dunia menyederhana kepada 3% tahun ini.
07:48Kita tahu ketagangan geopolitik dan kenaikan harga tenaga kekal sebagai risiko utama.
07:54Namun, kitaran teknologi yang dipacu oleh penggunaan pesat kecerdasan buatan, semikonduktor dan perkhidmatan digital terus menyokong perdagangan dan pelaburan serantau.
08:08Berdasarkan prestasi semasa, kerajaan yakin momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dikekalkan dan sasaran pertumbuhan antara 4 hingga 5% mampu
08:22dicapai.
08:22Keutamaan kita, keutamaan kerajaan adalah untuk terus memperkukuh permintaan domestik, pelaburan swasta dan prestasi eksport,
08:33di samping memastikan kenaikan harga barangan terus dibendung dan kebajikan rakyat sentiasa dilindungi.
08:39Kita beralih kepada pasaran tenaga, yang mana untuk minggu ini keadaannya kembali tidak menentu.
08:49Purata harga minyak mentah brand meningkat 5.9% daripada USD 69.82 setong kepada USD 73.94 setong bagi
09:05tempoh 6 hingga 10 Julai.
09:08Kenaikan ini, kita dapati berlaku selepas serangan baru AS terhadap Iran menghidupkan semula kebimbangan pasaran terhadap keselamatan pelayaran
09:22dan risiko gangguan bekalan melalui selat hormos.
09:27Purata harga gas asli cecair ataupun LNG turut meningkat 7.9% daripada USD 16.05 set kepada USD 17
09:38.31 set dalam tempoh yang sama.
09:41Kenaikan ini didorong oleh langkah pasaran global untuk mengisi semula seporan simpanan yang telah digunakan sebelum ini.
09:49Bagi harga arang batu pula, dilihat kekal stabil, berlega antara daripada USD 18.128 dan USD 97 kepada USD 128
10:04.86 setan.
10:07Keadaan ini disokong oleh permintaan yang sederhana dari China dan India,
10:11berikutan pengeluaran serta inventori domestik yang lebih tinggi di kedua-dua negara.
10:19Permintaan puncak elektrik di Semenanjung bagi tempoh 6 hingga 11 Julai meningkat 2.5% kepada 20,832 MW
10:30berbanding 20,325 MW pada minggu sebelumnya.
10:35Peningkatan ini masih terkawal dan berada dalam margin rezal bekalan elektrik negara.
10:43Bekalan petrolium negara pada masa ini kekal stabil dan mencukupi bagi memenuhi keperluan domestik.
10:50Kerajaan akan terus memastikan jaminan bekalan sehingga Disember 2026 melalui tiga pendekatan yang sedang dilaksanakan iaitu
11:01mempelbagakan sumber import, mengoptimumkan pengeluaran bahan api domestik serta memperkukuh perjanjian bekalan jangka panjang.
11:12Kerajaan akan kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa memandangkan pasaran global masih berdepan kekangan fizikal
11:21serta penyusutan inventori minyak yang berterusan.
11:26Walaupun pasaran global tidak menentu, sentimen pelabur domestik kekal positif.
11:32FBM KLCI meningkat 0.74% daripada 1,679.05 mata pada 3 Julai kepada 1,691.49 mata pada
11:4710 Julai.
11:50Seterusnya, bagi bekalan makanan, data terkini sehingga 12 Julai menunjukkan harga kebanyakan barangan asas secara umumnya kekal stabil
12:00dan ada sebahagiannya menunjukkan penurunan.
12:03Contohnya, peruatan harga ayam turun sedikit sebanyak 0.04% kepada RM10.09 sekg,
12:12manakala ikan kampung menyusut 1.37% kepada RM15.81 sekg dan yang kalau ikut rekod di sini,
12:23penurunan yang agak ketara adalah harga santan segar iaitu sebanyak 6.05%
12:30penurunan daripada RM16.54 kepada RM15.54 sekg.
12:40Seterusnya, untuk hari ini, perkara pertama yang kita bincangkan dalam M10 adalah mengenai kedudukan bekalan makanan negara
12:49dan ketekanan yang sedang dihadapi sektor pertanian.
12:53Saya ingin maklumkan bahawa bekalan makanan ruji negara ketika ini stabil dan mencukupi.
12:59Stok penimbal beras insyaAllah mampu menampung keperluan domestik bagi tempoh 6 bulan
13:06dan harga beras putih tempatan dikekalkan tanpa kenaikan.
13:10Dalam keadaan global yang tidak menentu, keutamaan kita adalah memastikan bekalan asas tidak boleh terputus
13:18dan rakyat tidak boleh dibebani dengan kenaikan harga yang tidak munasabah.
13:23Pada masa yang sama, kerajaan juga memahami tekanan yang ditanggung oleh pesawah
13:29akibat perubahan cuaca dan juga peningkatan kos pengeluaran.
13:34Sehingga 12 Julai 2026, sebanyak RM45.98 juta
13:41telah diagihkan melalui insentif pembajakan kepada pesawah
13:47melibatkan 118,908 pesawah di semenanjung Malaysia.
13:55Kerajaan turut mengambil serius risiko kenaikan harga baja.
14:00Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ataupun KPKM
14:03sedang mempelbagaikan lagi sumber input,
14:06memperkukuh bantuan kepada pesawah
14:09dan menambah baik kawal selia industri.
14:13Rang undang-undang baja insyaAllah dijangka dibentangkan pada awal 2027
14:18bagi memperkukuh takbir urus, kualiti dan ketelusan pasaran
14:23di samping meningkatkan daya tahan bekalan input pertanian.
14:28M10 turut mengambil maklum risiko cuaca panas dan kedudukan paras air empangan.
14:34Kemudian, pemantauan akan diperkukuh supaya tindakan mitigasi
14:38dapat digerakkan sebelum menjejaskan pengeluaran dan bekalan kepada pengguna.
14:44Seterusnya, perkara kedua yang kita bincangkan hari ini
14:47ialah keselamatan domestik dan sempadan serantau
14:51yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
14:54Kerajaan mengambil maklum kebimbangan rakyat berhubung pengurusan pelarian
14:59khususnya isu dokumentasi sindikat pemerdagangan manusia
15:05dan kesannya kepada keselamatan komuniti setempat.
15:09Operasi bersepadu untuk membanteras penyeludupan,
15:13pemerdagangan manusia, penyalahgunaan dokumen
15:16dan kemasukan melalui lorong haram akan dipertingkatkan.
15:20Analitik data dan teknologi pemantauan akan dimanfaatkan
15:24bagi mengesan risiko serta menyokong tindakan penguatkuasaan.
15:29Oleh itu, KDN melalui Jabatan Immigration Malaysia
15:33sedang melaksanakan program dokumen pendaftaran pelarian
15:37ataupun DPP bagi pendaftaran biometrik, saringan, kawalan dan penguatkuasaan.
15:44Kerajaan ingin menjelaskan bahawa KAD UNHCR
15:49bukan dokumen kewagaan negaraan
15:51dan tidak memberikan imuniti daripada tindakan undang-undang Malaysia.
15:57Mana-mana individu yang melakukan kesalahan
16:00tetap akan disiasat dan diambil tindakan.
16:03Sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan
16:08merentasi beberapa agensi bagi projek berkaitan
16:12kawalan dan keselamatan di pintu masuk negara.
16:15Peluasan operasi agensi kawalan dan perlindungan sempadan juga
16:20sedang dipercepatkan bagi menyeragamkan pengurusan dan penguatkuasaan sempadan.
16:26Selain pembentangan daripada kementerian dan agensi,
16:30M10 hari ini turut menjadi platform kepada pemain industri
16:35untuk menyampaikan pandangan dan cadangan secara langsung kepada kerajaan.
16:40Dalam mesyuarat hari ini, M10 telah mendengar
16:44pembentangan daripada Malaysian Plastics Manufacturers Association
16:49ataupun MPMA
16:51mengenai cabaran yang dihadapi oleh industri plastik,
16:55susulan tekanan rantaian bekalan global dan peningkatan kos bahan mentah.
17:00Maklum balas industri menunjukkan
17:02penghilang, berdepan tekanan kos bahan mentah, logistik, aliran tunai
17:08dan juga ketidaktentuan tempoh penghantaran.
17:11Bagi sesetengah syarikat,
17:15kalau kita dapat lihat dari segi, bagi sesetengah syarikat,
17:20kesannya sudah mempengaruhi kontrak perniagaan,
17:24keputusan pelaburan dan juga pengurusan tenaga kerja.
17:27Namun, kita tengok juga industri plastik ialah industri sokongan kepada banyak sektor.
17:33Tahun 2025, nilai jualannya berjumlah RM62.69 bilion
17:38berbanding RM64.78 bilion pada 2024.
17:43Pembukusan mewakili 45% pasaran,
17:47manakala elektrik dan elektronik sebanyak 29%.
17:50Apabila industri plastik tertekan,
17:54kesannya boleh merebak kepada pembukusan makanan,
17:58komponen E&E,
18:00otomatif,
18:01beranti perubatan,
18:03pembinaan,
18:04pertanian dan juga ekspor pembuatan.
18:07MPMA turut mengembukakan pandangan
18:11berhubung beberapa isu strutu
18:13yang melibatkan soal kos dan juga daya saing
18:16yang dihadapi oleh penghilang hiliran
18:18termasuk perbezaan kos bahan mentah
18:21berbanding negara persaing.
18:22Jadi, di peringkat kerajaan,
18:24kita ambil isu ini secara serius
18:27yang mana M10 mengambil maklum
18:30beberapa cadangan yang dikemukakan oleh pihak industri
18:33dan telah membuat keputusan supaya
18:36Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
18:39ataupun MITI bersama Kementerian Ekonomi
18:42untuk meliliti cadangan yang telah dikemukakan
18:46oleh pihak MPMA
18:47bagi mengambil kira kepentingan
18:51keseluruhan rantaian industri,
18:53keseimbangan fiskal serta daya saing ekonomi negara
18:57dalam jangka panjang.
19:01Penyusunan semula rantaian bekalan global
19:03turut membuka peluang sebenarnya.
19:05Pembeli antarabangsa
19:08sedang mempelbagikan sumber bekalan
19:11dan mengurangkan kebergantungan
19:13kepada satu-satu negara
19:15atau satu-satu laluan perdagangan.
19:18Malaysia juga perlu bergerak lebih pantas
19:21untuk menarik pelaburan berkualiti,
19:25memperkukuh vendor tempatan,
19:27memperluas akses pasaran
19:29dan menempatkan syarikat Malaysia
19:32dalam aktiviti bernilai lebih tinggi.
19:35Kerajaan akan meneruskan
19:37rundingan perjanjian perdagangan bebas
19:40Malaysia dan juga Kesatuan Eropah
19:42dan memperkukuh kerjasama perdagangan
19:45dengan rakan strategi.
19:47Akses pasaran yang lebih baik
19:49mesti diterjemahkan kepada peluang
19:53sebenar untuk syarikat tempatan
19:55khususnya PKS.
19:58Sementara itu, cadangan pelaksanaan
20:01at Standard Producer Responsibility
20:03ataupun EPR secara sukarela juga
20:06akan diteliti bersama implikasi kos,
20:10kapasiti PKS dan kesiapsagaan
20:12infrastruktur kita semula.
20:15Jika dilaksanakan dengan baik,
20:17ekonomi kitaran boleh meningkatkan
20:20penggunaan bahan kita semula,
20:22mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah
20:25dan juga membina sumber bekalan domestik
20:28yang lebih tahan terhadap kejutan geopolitik.
20:33Jadi, berdasarkan perbincangan hari ini,
20:36tindakan kerajaan akan terus dipandu
20:39oleh empat keutamaan kita.
20:41Pertama, memastikan bekalan makanan,
20:44tenaga dan input industri terus terjamin
20:48melalui pemantauan lebih awal,
20:50inventory yang mencukupi dan sumber bekalan
20:53yang lebih pelbagai.
20:55Kedua, mengurangkan kos rotur
20:58dan beban pematuhan yang tidak perlu
21:00tanpa menjejaskan hasil negara,
21:03keselamatan pengguna
21:04atau daya tahan industri domestik.
21:08Ketiga, memperluas akses pasaran,
21:12menarik pelaburan berkualiti
21:14dan membantu syarikat tempatan,
21:16khususnya PKS,
21:18memasuki rantaian bekalan bernilai
21:20lebih tinggi.
21:20Dan keempat, mempercepatkan penggunaan teknologi,
21:26ekonomi kitaran dan pembangunan bakat
21:29supaya daya saing negara tidak bergantung
21:31kepada kos yang murah semata-mata.
21:34Jadi, sebagai penutup,
21:36kerajaan tidak mengatakan semua risiko
21:39telah berakhir.
21:40Perkembangan di selai hormos menunjukkan
21:43keadaan boleh menjadi tegang pada bila-bila masa
21:46dan boleh berubah dengan mendadak.
21:49Namun, kita akan terus bertindak
21:52berasaskan data,
21:54mendengar pandangan rakyat dan industri,
21:57serta melaksanakan penyelesaian yang praktikal
22:00dan berimpak.
22:01Sekian,
22:03Wabilai Taufiq Walidaya,
22:04Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
22:09Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
22:11Terima kasih.
22:12Terima kasih.
22:16Terima kasih.
22:16Terima kasih.

Recommended