00:00Sarawak berkemungkinan mengalami jerebu berterusan pada beberapa hari yang akan datang sekiranya pembakaran biogicim semakin meningkat di luar persempadanan Sarawak.
00:10Menurut Lembaga Sumba Asli dan Alam Sekitar Sarawak dalam kenyataan hari ini, rantau negara akan menerima tiupan angin secara konsisten
00:18dari arah barat daya memandangkan Malaysia sedang berada dalam fasa monsoon barat daya yang dijangkakan berakhir pada September.
00:26Keadaan itu berpotensi menyebabkan kemungkinan jerebu rentas sempadan dan kemerosotan kualiti udara ambien di wilayah Sarawak.
00:34NREB memaklumkan berdasarkan laporan ASEAN Specialized Meteorological Center SMC bagi tempoh 1 Ogos hingga semalam,
00:43sebanyak 148 titik panas telah dikesan di Sarawak dan sejumlah 7,286 titik panas telah dikesan di Kalimantan, Indonesia.
00:53Sementara itu, kualiti udara di Sarawak menunjukkan tren peningkatan bacaan indeks pencemar udara IPU sejak 1 Ogos lepas.
Comments