00:00Mahkamah membenarkan pihak pendakwaan bagi kes Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jereja, Fahmi Zainul, yang berdepan pertuduhan mencederakan istrinya pada
00:10Februari lalu untuk dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, AGC.
00:15Keputusan itu dibuat Magistrat Chia Huey Ting di Mahkamah Magistrat Balik Pulau pada Khamis.
00:21Mahkamah membenarkan pihak pendakwaan merujuk kepada AGC bagi mendapatkan arahan lanjut sama ada proseding kes berkenaan perlu diteruskan atau sebaliknya
00:32selepas pihak pendakwaan memohon untuk berbuat demikian.
00:36Huey Ting berkata, pihak pendakwaan bukan bertindak semata-mata mengikut kehendak mangsa untuk meneruskan atau menarik balik sesuatu kes, sebaliknya
00:47bertanggungjawab memastikan keadilan ditegakkan kepada semua pihak.
00:52Menurutnya, pihak pendakwaan juga perlu menjaga kepentingan keadilan dan keamanan serta tidak terhad kepada kehendak mana-mana individu.
01:01Mahkamah kemudiannya menetapkan kes berkenaan 10 September untuk sambung bicara.
01:07Pada 27 Februari lalu, Fahmi didakwa di Mahkamah Sama atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan Nur Hidayah Abdul Jabar, 35 tahun
01:17dan mengaku tidak bersalah.
01:20Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 10 malam pada 22 Februari lalu di sebuah rumah di persiaran Pantai Jerejak
01:2911, Bayan Lepas.
01:31Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Sama.
Comments