Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Persatuan Nelayan Kawasan Sungai Besar (PNKSB) didenda RM320,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Selangor selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan penjualan diesel secara borong tanpa lesen sah.
Transcript
00:00Persatuan nelayan kawasan Sungai Besar PNKSB didenda RM320,000 oleh Mahkamah Session Kuala Selangor selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan
00:11penjualan diesel secara borong tanpa lesin sah.
00:14Hakim Nurul Mardiah Mohamad Ridzah menjatuhkan denda itu bagi dua kes berasingan yang berlaku pada 5 Mac dan 30 Julai
00:222024 di Sungai Besar dan Sekincan.
00:27Bagi kes pertama, PNKSB berdepan dua pertuduhan dan dikenakan denda RM80,000 bagi setiap pertuduhan.
00:34Manakala bagi kes kedua, persatuan itu didenda RM160,000 kerana menjalankan aktiviti penjualan diesel secara borong tanpa lesin sah.
00:43Siasatan KPDN Selangor mendapati PNKSB memiliki lesin menjual diesel secara runcit kepada nelayan namun membenarkan sebuah syarikat yang tidak mempunyai
00:53lesin berkaitan mengurus operasi penjualan bahan api berkenaan.
00:58Tindakan itu bercanggah dengan syarat lesin yang menetapkan diesel perlu dijual terus kepada bot nelayan tempatan yang berdaftar.
01:05KPDN Selangor menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap pemegang lesin atau persatuan yang melanggar syarat ditetapkan serta menyalahgunakan kemudahan subsidi
01:15yang sepatutnya dinikmati golongan sasa.
01:18KPDN Selangor

Recommended