00:00Barisan Nasional BN menolak penggunaan kempen hitam atau Black PR pada pilihan raya negeri PRN Melaka
00:06sebaliknya mahu meraih sokongan pengundi berdasarkan kekuatan, rekod perkhidmatan dan tawaran calon sendiri.
00:14Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Uthman Said berkata,
00:17kempen BN perlu berteraskan calon, rekod perkhidmatan, manifesto serta tawaran penyelesaian kepada rakyat,
00:24bukannya usaha menjatuhkan pihak lain.
00:30Sehubungan itu, beliau menggesa jentera penerangan di semua peringkat memainkan peranan aktif
00:35menyebarkan mesej dan kandungan calon BN bagi memastikan maklumat mengenai tawaran serta perancangan mereka
00:41sampai kepada lebih ramai pengundi.
00:44Katanya BN mahu mendapatkan mandat berdasarkan kekuatan sendiri bukan dengan menjatuhkan pihak lain
00:50selain rakyat Melaka berhak, membuat pilihan berdasarkan fakta, bukan fitnah atau sentimen kebencian.
00:58Azalina turut mengarahkan jentera penerangan UMNO memperkukuh kempen komunikasi digital dan mida sosial
01:04mengambil kira 43.6% pengundi di Melaka berusia antara 21 hingga 40 tahun.
01:13Katanya pendekatan komunikasi parti perlu lebih dinamik, kreatif dan dekat dengan kelompok pengundi muda
01:20selain memastikan ruang digital dipenuhi maklumat tepat serta penjelasan berfakta dan berhemah.
01:26Jelas beliau, mida sosial kini menjadi antara saluran utama pengundi mendapatkan maklumat
01:31dan membentuk pandangan dan jentera penerangan di semua peringkat
01:35termasuk wanita, pemuda serta puteri perlu memainkan peranan lebih aktif sepanjang tempoh berkempen.
01:42Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap cabaran dalam ekosistem digital
01:49termasuk penggunaan akaun otomatik atau bot untuk menyebarkan sesuatu naratif secara berulang dan berskala besar.
01:58Katanya, dawaan berkaitan sekatan capaian atau shadow ban serta penurunan kandungan
02:03oleh platform digital juga perlu dimilai berdasarkan bukti dan maklumat sahih.
02:08Beliau berkata kandungan yang disyaki mengandungi berita palsu, fitnah, penyamaran identiti
02:14atau pelanggaran sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja 3R boleh dilaporkan
02:19menerusi saluran resmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC.
02:25Kesalahan pilihan raya pula boleh dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya SPR,
02:30Polis Diraja Malaysia PDRM atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM
02:36mengikut bidang kuasa masing-masing.
02:40Terdahulu, SPR mengesahkan seramai 79 calon daripada pelbagai parti
02:45bertanding bagi merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri Dun pada PRN Melaka.