Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Rusia sedang menggubal dekri bagi melanjutkan larangan eksport diesel sehingga akhir Januari 2027, dengan pengecualian tertentu untuk pasaran global termasuk memenuhi perjanjian bekalan sedia ada.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Rusia sedang menyediakan langkah untuk melanjutkan larangan ekspor diesel sehingga akhir Januari 2007 dengan pengecualian tertentu bagi pasaran global.
00:10Timbalan Perdana Menteri Alexander Novak berkata satu dekri kerajaan sedang digubal ketika ini bagi melanjutkan larangan penghantaran diesel sehingga akhir
00:20Januari tahun depan iaitu untuk tempoh kira-kira 3 bulan.
00:24Bagaimanapun katanya sebagaimana sebelum ini pengecualian tertentu akan diberikan bagi bekalan ke pasaran global.
00:31Pada Jumaat, kerajaan Rusia melanjutkan larangan ekspor sementara diesel, bahan api marin dan minyak gas oleh pengeluar langsung sehingga akhir
00:39Oktober.
00:40Larangan umum ekspor bahan api kekal berkuat kuasa di Rusia sehingga 31 Januari 2007 disebalik sekatan khusus terhadap pengeluar bahan
00:48api sebelum ini yang dijadualkan tamat pada 30 September.
00:53Novak berkata Rusia mula melonggarkan larangan ekspor diesel lebih awal daripada jadual.
00:59Beliau berkata Rusia menghantar tiga kapal tangki yang membawa diesel keluaran negara itu ke Amerika manakala kapal tangki keempat dijadualkan
01:06berlepas pada 29 Oktober.
01:08Syarikat Rusia dibenarkan mengekspor sebanyak 500 ribu tan diesel pada Oktober berdasarkan perjanjian pembekalan ke Amerika Syarikat dan pasaran global.

Recommended