Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Wartawan Seth Akmal membawakan rangkuman hari pertama gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 termasuk kempen-kempen calon-calon yang bertanding.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, selepas proses penamaan calon selesai, tumpuan kini beralih kepada tempoh kempen pilihan Raya Negeri Melaka ke-16
00:06dengan pelbagai percaturan politik menjadi perhatian.
00:11Bagaimana suasana penamaan calon dan apa yang menarik untuk diperhatikan sepanjang tempoh kempen?
00:16Kita bersama wartawan Israwani Seth Akmal untuk perkembangan lanjut. Silakan Seth.
00:44Terima kasih.
01:02Terima kasih.
01:48Terima kasih.
01:51Terima kasih.
01:54Apabila kedua-dua gabungan yang pernah bersaing sebelum ini kini memasuki pilihan Raya dengan pendekatan kerjasama.
01:59Pada masa sama, BN dan PH yang berada dalam kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan pula tetap bersaing di sejumlah kerusi
02:06di Melaka.
02:06Maka antara persoalan pertama adalah sejauh mana pengundi menerima penjajaran politik ini dan sama ada kerjasama antara parti mampu diterjemahkan
02:14pada sokongan di peti undi beralih kepada beberapa kerusi yang menjadi tumpuan.
02:19Di Tanjung Bidara, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusof daripada BN berdepan, pertandingan dua penjuru menentang calon Pakatan
02:25Harapan, Muhammad Yunazri Mustamiri.
02:28Kerusi ini menarik kerana Abdul Rauf mempertahankan kawasan yang dimenanginya dengan majoriti hanya 364 undi pada pilihan Raya Negeri 2021.
02:37Justru persaingan kali ini akan menjadi ujian kepada kedudukan Ketua Menteri sebagai penyandang dan jawatannya terkini.
02:43Di Payarumput pula, setiap politik Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Azman Abidin daripada Pakatan Harapan berdepan pertandingan tiga penjuru beliau
02:51dicabar iaitu Rafi Ahmad daripada Perkaitan Nasional dan Abdul Rashid Abu Bakar daripada parti bersama.
02:56Penyertaan Azman yang mempunyai hubungan rapat dengan pentadbiran persekutuan menjadikan persaingan di Payarumput antara yang menarik untuk diikuti.
03:04Sementara itu di Macap Jaya, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri, Jini Lim Siu Lin, kembali mencuba nasib untuk merampas mula
03:11kerusi yang pernah dibenanginya pada 2018.
03:13Proses penambahan calon disana turut menyaksikan kehadiran beberapa pimpin utama PKR termasuk setiusaha agungnya Datuk Seri Sehfuddin Nasution Ismail.
03:21Malah dalam sidang media selepas itu, Sehfuddin menegaskan Pakatan Harapan mahu membawa pendekatan kempen aman dengan menolak politik kebencian, hasutan
03:30dan sentimen perkawuman.
03:31Menurut beliau, kemenangan dalam pihan raya bukan ditentukan oleh pihak yang paling lantang bersuara, sebaliknya siapa yang paling dipercayai dan
03:39diyakini oleh rakyat.
03:40Satu lagi kerusi yang turut menarik perhatian adalah Kerebang, di mana pengurusi MCA Melaka Datuk Lim Ban Hong mempertahankan kerusi
03:48berkenaan dalam pertandingan empat penjuru.
03:50Kehadiran Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong mengiringi calon parti itu turut mencuri tumpuan.
03:55Ini kerana menjelang penambahan calon, kita menyaksikan pertikaian berhubung pengagihan kerusi antara MCA selaku sekutu kepada Barisan Nasional dan pengagihan
04:06antara kerusi di atas MCA dan juga kepimpinan BN.
04:08Namun pada hari penamaan calon, kepimpinan MCA tetap turun memberikan sokongan kepada calon mereka.
04:13Di Duyong pula, ini merupakan kerusi yang terkenal kerana penyandangnya daripada Barisan Nasional Muhammad Nur Helmi Abdul Halim berdepan calon
04:22Pakatan Harapan iaitu Paul Longsuan.
04:24Duyong juga antara kerusi yang wajar diperhatikan kerana pada 2021, pada ketika itu Datuk Muhammad Nur Helmi belum lagi terkenal
04:32kerana dia belum lagi bergelar sebagai YB Viral.
04:35Beliau hanya memenanginya dengan majoriti hanya 200 undi pada ketika itu dan seperti biasa, hari penamaan calon, pada kali ini
04:42kita bakal menyaksikan
04:43kehadiran bukan sahaja calon tetapi juga pelbagai gelagat penyokong.
04:47Antara kisah menarik yang dilaporkan ialah seorang lelaki berusia 64 tahun, Siddeq Ahmad Ali yang sanggup berbasikal kira-kira 70km
04:54dari Gemas, Negeri Sembilan ke Bukit Katil.
04:57Beliau melakukan perjalanan itu sepanjang malam semata-mata untuk menyaksikan sendiri proses penamaan calon seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada
05:03pagi tadi.
05:04Kini kisah-kisah seginilah yang memperlihatkan bagaimana pilihan raya bukan sahaja menarik minat ahli politik tetapi juga masyarakat yang ingin
05:10menjadi sebahagian daripada proses demokrasi.
05:12Dan daripada gambaran seluruh Melaka itu, kita beralih pula ke Bukit Katil di mana lokasi yang saya sendiri membuat liputan
05:19sejak awal pagi tadi.
05:21Dan di sini penyandangnya iaitu Ali Zahari berdepan pertandingan empat penjuru apabila beliau selaku bekas Ketua Menteri Melaka itu dicabar
05:28Muhammad Rizwan Muhammad Syarif daripada Perikatan Nasional,
05:31Dr. Aliza Cik Amran daripada parti bersama dan seorang calon bebas Abu Bakar Sabudin.
05:36Dan seawal jam 8.15 pagi, calon parti bersama merupakan antara yang terawal tiba di Dewan Tun Ali diikuti calon
05:43PN.
05:43Kemudian Ali sendiri tiba 5 minit kemudian dan juga calon bebas kira-kira jam 9 pagi dan suasana di luar
05:49pusat.
05:50Penamaan calon memang meriah dengan kehadiran penyokong daripada blok politik masing-masing.
05:54Penyokong PN antaranya kedengaran melawangkan slogan seperti Reformati Manakala.
05:58Penyokong PH pula menyambut kehadiran Ali dengan laungan Melaka rumah kita.
06:03Namun di sebalik laungan politik itu ada satu pemandangan yang menarik perhatian saya juga ya.
06:08Apabila Selesa Agong Perikatan Nasional, Datuk Seri Takwiden Hassan dan Ahli Parlimen Araw,
06:12Datuk Seri Syahidan Qasim dilihat bertegur sapa dengan Ahli serta Presiden Amanah, Datuk Seri Muhammad Sabud.
06:17Ia menunjukkan satu gambaran bahawa walaupun berbeza pertabaran politik,
06:21namun begitu hubungan antara pemimpin masih boleh berlangsung dalam suasana yang harmoni.
06:26Dan kalau kita lihat kerudukan Bukit Katil kerusi ini mempunyai kepentingan tersendiri kerana Ahli bukan sahaja penyandang
06:31tetapi juga bekas Ketua Menteri seperti yang saya katakan sebentar tadi
06:35yang pernah menerajui pertabaran selama 22 bulan selepas pilihan Raya Umum 2018.
06:41Justru antara persoalan yang timbul adalah sama ada pengalaman dan rekod perkhidmatannya
06:45mampu membantu beliau mempertahankan kerusi berkenaan.
06:49Pada masa sama, calon Perikatan Nasional pula akan berusaha memanfaatkan persepahaman politik
06:53antara BN dan PN, manakala kehadiran calon bebas dan bersama menambahkan lagi dinamika pertandingan ini.
07:00Dalam perkembangan berkaitan, saya juga sempat mengadakan wawancara eksklusif bersama Aliza Haris
07:04selepas proses penaman calon antara perkara yang dibincangkan termasuk pengalaman beliau
07:08sebagai bekas Ketua Menteri dan pandangannya mengenai perkembangan politik semasa.
07:12Namun perincian lanjut mengenai wawancara itu akan dibawakan dalam laporan seterusnya
07:15di platform digital Extra Awani.
07:17Dari sudut keselamatan pula tadi, saya melihat bagaimana polis
07:20maklumkan proses penaman calon berlangsung dengan amat dan terkawal.
07:24Seramai 1,159 pegawai dan anggota polis ditugaskan
07:27di seluruh negeri bagi memastikan kelancaran proses berkenaan.
07:31SPR juga menubuhkan 28 pasukan pengatkuasa kempen pilihan raya
07:34bagi membantau aktiviti semua calon sepanjang tempoh berkempen.
07:38Dan kini, dengan selesainya proses penaman calon,
07:41tumpuan beralih kepada gerak kerja kempen,
07:43khususnya bagaimana setiap parti mahu mendekati pengundi.
07:45Antara isu yang dijangka menjadi perhatian termasuklah kos hari hidup,
07:49peluang pekerjaan, infrastruktur, pembangunan dan kebajikan masyarakat
07:51kerana pada akhirnya, pilihan raya bukan sekadar tentang siapa yang bertanding
07:55atau gabungan mana yang mempunyai jentera paling besar.
07:57Sebaliknya, ia juga menjadi medan kepada pengundi
08:00untuk menilai rekod perkhidmatan keupayaan calon dan tawaran masing-masing.
08:04Sebagai rekod, seramai 687,697 pemilik
08:09layak mengunaikan tanggungjawab pada PRN kali ini.
08:13Baik, itu sahaja yang dapat saya sampaikan pada hari pertama
08:17selepas penambahan calon dan insyaAllah berbaki tempoh 14 hari bersama saya,
08:21bersama dengan kru Esra Awani dan juga rakan-rakan saya
08:24seperti Syafiqah Azami, Hasimi Muhammad dan Syohada Abdul Qadir
08:27berserta dengan juru kamera Fitri Zainuri,
08:31Ayub Uzzah dan juga Anas dan juga Imran
08:34akan terus setia bersama dengan para penonton Esra Awani
08:37untuk memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa
08:39berkenaan dengan PRN Melaka.
08:40Baik, kembali kepada rakan setugas saya yang berada di Pusat Penyairan Asia Bukit Jalil.

Recommended