00:00Isu perjawatan dan kenaikan grade jururawat masyarakat termasuk lebih seribu individu yang belum menerima pelantikan akan dibawa ke Dewan Negara
00:07mulai 30 November ini.
00:10Sen. Dr. Ra Lingash Warren berkata, langkah itu penting bagi memperkukul kebajikan dan laluan kerjaya jururawat masyarakat seiring sumbangan mereka
00:20kepada perkhidmatan kesihatan negara.
00:23Beliau mencadangkan agar jururawat masyarakat yang memiliki sijil pelajaran Malaysia dan sijil profesional selepas latihan 2 tahun 6 bulan dipertimbangkan
00:31untuk kenaikan daripada grade U1 kepada U3.
00:35Berucap pada Majlis Mahkamah Alam Konvensyen Jururawat Masyarakat Kebangsaan 2026, beliau turut berkata akan membawa cadangan kelonggaran pemakaian kasut sukan
00:44ketika bertugas.
00:45Penggunaan pakaian skrap sebagai alternatif kepada seragam putih sedia ada juga akan dicadangkan untuk pertimbangan.
00:51Sementara itu, Presiden QPEX, Datuk Dr. Adenan Mat menyarankan kerajaan mempertimbangkan penyeragaman grade jururawat masyarakat daripada U1 kepada U5 di
01:00bawah sistem saraan perkhidmatan awam.
01:03Menurutnya, tempoh latihan 2 tahun setengah yang telah dilalui boleh ditambah 6 bulan bagi membolehkan kelayakan mereka distarakan dengan keperluan
01:11grade U5.
01:11Beliau turut menekankan sumbangan jururawat masyarakat yang terus memberikan perkhidmatan terbaik walaupun berdepan kekangan kemudahan dan persekitaran kerja mencabar.