• 3 months ago
Mohamed Khaled Nordin berkata kepimpinan UMNO akan membincangkan beberapa kriteria sebelum menentukan pendekatan terbaik menghadapi PRN Melaka dalam mesyuarat MKT pada 28 Ogos.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Barisan Nasional BN masih belum memutuskan formula sesuai bagi menghadapi pilihan raya negeri PRN Melaka akan datang.
00:08Nek Presiden UMNO, Datuk Sri Mohamad Khalid Nordin bagaimanapun berkata beberapa kriteria akan dibincangkan oleh kepimpinan UMNO dalam pertemuan Majlis
00:17Kerja Tertinggi MKT pada 28 Ogos ini.
00:21Katanya setiap negeri mempunyai pendekatan politik berbeza di mana Barisan Nasional di Johor bertanding solo manakala Negeri Sembilan dengan kerjasama
00:30parti politik lain.
00:31Kita sekarang berada dalam fasa yang pelik dari segi politik tanah air yang mana parti yang boleh bekerjasama di satu
00:38peringkat, dia bersaing di peringkat yang lain.
00:42Tetapi peringkat-peringkat itu berbeza-beza sebab satu peringkat nak mengurus sebagai kerajaan.
00:47Satu lagi peringkat ialah untuk mendapat mandat daripada rakyat dan mana-mana parti tidak seharusnya terikat dalam soal bila mereka
00:56berjumpa rakyat untuk dapat mandat.
00:58Sebab masa kita tubuhkan kerajaan paduan dulu pun, masa itu memang tak ada kerajaan paduan.
01:04Jadi sekarang ini kita balik ke rakyat dengan parti setiap parti masing-masing untuk partikan bagi kita memperbarui ataupun mendapat
01:15mandat daripada rakyat.
01:16Jadi kita sedang berada di peringkat sepatutnya politik menjadi lebih matang. Kita mampu untuk membezakan perkara itu.
01:26Beliau berkata demikian pada sidang media selepas ditemui pada Majlis Kesyukuran Barisan Nasional Kota Tinggi di Kota Tinggi Johor.
01:34Dewan Undangan Negeri Dun Melaka boleh dibubarkan pada bila-bila masa dari sekarang dengan tempoh akhir penggalnya adalah pada 31
01:41Disember ini.

Recommended