Skip to playerSkip to main content
Seramai 20 lelaki warga China berusia antara 19 hingga 41 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan sindiket penipuan ‘love scam’ yang menyasarkan mangsa dari negara itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793257/berita/semasa/20-lelaki-warga-china-direman-bantu-siasatan-kes-love-scam

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #LoveScam #mahkamah #wargaChina

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seremai 20 lelaki warga Cina berusia antara 19 hingga 41 tahun direman selama 4 hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan
00:10sindiket penipuan, Love Scam, yang menyasarkan mangsa dari negara itu.
00:15Perintah reman terhadap semua suspek dikeluarkan Majistret Norhanisah S.H. Sahul Hamid di Mahkamah Majistret Georgetown pada Isnin.
00:24Kesemua suspek ditahan dalam serbuan di sebuah rumah tiga tingkat di Batu Feringgi kira-kira jam 7.05 malam Ahad.
00:34Sumber berkata sindiket berkenaan dipercayai menggunakan aplikasi Telegram bagi menjalankan urusan penipuan terhadap mangsa.
00:42Dalam serbuan itu, polis merampas lebih 100 telefon bimbit pelbagai jenama, 3 komputer riba, beberapa buku nota serta peralatan lain
00:52yang dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut.
00:56Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan.
01:00Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti modus operandi sindiket serta jumlah kerugian yang dialami mangsa.
01:08Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended