Skip to playerSkip to main content
  • 5 weeks ago
“Bekas suami saya ada kecenderungan seksual berbeza, tapi kami ada rasa nak berkahwin semula…” Itulah luahan seorang wanita dalam ruangan Bicara Hati Wanita bersama Ustazah Nazirah Abu Bakar.

Selepas berpisah, wanita ini dan bekas suaminya masih mempunyai perasaan serta mempertimbangkan untuk kembali bersama. Namun, keadaan yang pernah berlaku dalam rumah tangga mereka menimbulkan persoalan tentang kesesuaian untuk kembali mendirikan rumah tangga.

Apakah yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin semula dengan bekas pasangan? Ikuti nasihat Ustazah Nazirah Abu Bakar dalam Bicara Hati Wanita.

Jika ada sebarang masalah, boleh hantar ke link dinyatakan. Bicara Hati Wanita: https://forms.gle/fXKjuffx6T9ZdZtD6
Transcript
00:00Untuk orang yang masalah suami dia gay, ataupun dia ada masalah makan luak pun sama lah juga, kan?
00:07Gay, makan luak, semua yang berkaitan dengan hubungan suami-isteri ni, pertama, wahai isteri.
00:13Panggil wahai sikit lah, pasal kadang-kadang tu dia dengar tapi dia tak apa-apa nak dengar.
00:18Yang pertama, kalau suami ataupun bekas suami, kalau betul dua-dua masih sayang,
00:24satu kita sebut macam ni, memandang kehidupan sebagai bentuk ujian.
00:28Ada orang, Allah bagi dia ujian melalui orang yang paling dia sayang.
00:33Dia baik dah, jaga anak pun elok, jaga kita pun elok, hanya dia gay.
00:37Contoh, ada orang, pertama kita kena mandang ujian ni datang kepada Allah SWT.
00:43Cuma, adakah kita nak bersetuju dengan perbuatan yang dia buat tu?
00:47Yang pertama, kita tidak bersetuju dengan perkara-perkara maksir yang dia buat.
00:51Bahkan kalau dia suruh kita join sekali, saya ikut hidup saya, awak ikutlah awak nak macam mana hidup.
00:56Tak, tak bolehlah begitu. Pertama, kita kena jelas, asas dalam Islam ni, bila kita berumah tangga,
01:02kalau perkara maksiat, kita tidak bersama dengan kemaksiatan.
01:04Yang kedua, kalau betul dia nak berubah, dapatkan rawatan, dapatkan bantuan.
01:08Jangan malu jumpa kaunselor, jangan malu jumpa psikologis, jangan malu dapatkan rawatan daripada doktor contohnya.
01:14Sebab ada orang, dia memang ada keinginan-keinginan yang di luar tabi ini.
01:20Jadi, jumpa doktor. Kalau perlu ada treatment tertentu, jalanin rawatan tersebut.
01:25Yang ketiga, tengok komitmen pasangan. Sebab masalah orang perempuan ni kadang-kadang bila dia sayang, dia sayang sangat-sangat.
01:31Yang menderita tu dia, yang terluka itu dia.
01:33Tapi, kerana dia nak juga, jangan paksa diri kita bahagia.
01:37Kerana ada kadang-kadang, yang perkahwinan yang memang tak boleh buat apalah.
01:41Suami dia pun tak ada komitmen untuk kembali bersama.
01:43Tak nak berlaku perubahan.
01:45Maka, Islam beri ruang kepada kita.
01:47Ada mahkamah-mahkamah syariah untuk kita pergi dan buat tuntutan-tuntutan
01:52yang sesuai dengan apa yang kita layak untuk terima.
01:58Jangan duduk diam. Diam bukan bermakna redo semata-mata.
02:02Diam dengan kita dapatkan bantuan.

Recommended