Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
“Saya pernah menjadi mangsa r*g*l di tempat kerja hingga menyebabkan trauma saya semakin teruk. Suami pula tidak bersifat melindungi dan tidak memberikan sokongan yang saya perlukan. Salahkah jika saya meminta cerai kerana keadaan ini?”

Itulah persoalan seorang wanita dalam ruangan Bicara Hati Wanita bersama Ustazah Nazirah Abu Bakar.

Wanita ini melalui trauma akibat gangguan seksual sejak kecil dan kejadian r*g*l di tempat kerja. Keadaan tersebut semakin memberi tekanan kepadanya apabila merasakan suami tidak memainkan peranan sebagai pelindung ketika dia berdepan dengan trauma yang berat.

Apakah penjelasan Ustazah Nazirah Abu Bakar mengenai persoalan ini? Ikuti nasihat beliau dalam Bicara Hati Wanita.

Jika ada sebarang masalah, boleh hantar ke link dinyatakan. Bicara Hati Wanita: https://forms.gle/fXKjuffx6T9ZdZtD6
Transcript
00:00Tuan-tuan puan tahu tak, bila minggu wanita buka ruang untuk orang bertanya soalan, macam-macam soalan kita jumpa.
00:08Macam-macam luahan yang kita baca.
00:10Sampai kadang-kadang kita terpikir, saya lah secara peribadi.
00:13Ada kalau guni? Memang ada.
00:16Dan inilah salah satunya.
00:18Kita rasa, ya Allah, kita rasa hidup kita susah.
00:20Tapi ada orang lain yang jauh lebih susah lagi dengan ujian-ujian seumpama ini.
00:24Baik, dalam masalah sahabat kita yang bertanya ni, berhimpun seribu satu masalah.
00:29Dia trauma, kemudian dia dirugul, kemudian masalah yang datang bertimpa-timpa.
00:36Lalu macam mana kita nak buat ni?
00:38Mah, tuan-tuan puan, terutamanya yang sedang berdepan dengan ujian, sudah jatuh ditimpa tangga, sudah jatuh bertubi-tubi pula datang
00:45masalahnya.
00:46Yang pertama kita mula dengan begini.
00:48Memandang hidup ini sebagai medan untuk ujian yang akan membawa kita masuk ke dalam syurga Allah SWT.
00:55Allah SWT sebutlah Suratul Baqarah pada ayat ke-286.
01:04Allah takkan bagi sesuatu, melainkan ia sesuai mengikut kemampuan kita.
01:10Pada yang sedang diuji, yang pertama, bear in our mind, yang Allah bagi ke aku ni, karena aku mampu, karena
01:16aku mampu.
01:17Bukan menyelesaikan masalah, tak.
01:19Hak raku tu tetap berlaku.
01:21Setidak-tidaknya kita sedang berusaha untuk menenangkan diri, karena asas untuk kita berfikiran secara rasional itu adalah kita sedar diri
01:31kita.
01:31Kepala kita ni jangan kita tanya, kenapa aku, kenapa aku?
01:34Kita tukar sikit.
01:35Allah sedang memilih aku.
01:37Itu kan dia lebih tenang.
01:39Okey, satu.
01:40Yang kedua, adakah Allah SWT zalim pada kita? Tidak.
01:45Allah tak pernah silap dalam mencatur taqdir.
01:47Allah tak pernah salah dalam memberikan kehidupan pada kita.
01:51Kalau datang ujian, kena beza antara sabar dan pendam.
01:56Ramai orang kadang-kadang confused.
01:58Sabak ni tentu puan, bukan Tuhan suruh kita sabak, nak buat apa tak?
02:02Kalau kita berhak untuk dapatkan hak kita, contoh, dah kena rumput kita nak buat laporan polis, maka kena buat laporan
02:10polis.
02:11Sabak bukan menyebabkan kita duduk terpinggir di zalimi, tidak.
02:15Jadi kalau perlu buat laporan polis, puan tadi, buat laporan polis.
02:18Apa beza sabar dan pendam?
02:20Sabar menghasilkan kebaikan.
02:22Pendam menghasilkan dendam.
02:24Ini yang menyebabkan lebih teruk masalah emosi dia tadi.
02:27Jadi sebab itu yang kedua, kita sebut kalau perlu kita buat laporan, dapatkan kekuatan daripada orang-orang yang percaya pada
02:35kita.
02:36Kena ada orang bantu, kena ada sokongan daripada orang-orang yang kita kenai ataupun orang yang kita percaya.
02:43Yang ketiga, kalau dia kata bolehkah dia nak buat tuntutan fasah ataupun minta cerai.
02:48Kalau orang perempuan kita panggil tuntutan fasah.
02:50Kalau suami kita sebut dia lafaz talak.
02:53Kalau dia buat tuntutan, boleh tak?
02:54Boleh.
02:55Tak ada masalah.
02:55Secara hak, dia berhak.
02:57Cuma, bila pergi mahkamah ni kena ingat.
02:59Dia bukan terui-terui cerai.
03:01Tak.
03:02Hakim biasanya kalau kata masih ada ruang-ruang, kita akan panggil jawatan kuasa pendamai.
03:06Didamaikan dahulu kedua-dua melalui wakil-wakil pihak.
03:09Jadi sebab itu jangan orang ingat, oh saya kalau pergi mahkamah, saya bercerai.
03:12Tak.
03:13Cuma dalam urusan dia tadi, kalau dia rasa dia nak terus dengan perceraian.
03:16Boleh tak? Dia berhak.
03:17Hidup kita ni, tuan-tuan puan.
03:18Dua.
03:19Nak sakit kerana bertahan atau sakit kerana melepaskan.
03:22Jadi puan kena nilai.
03:23Kita tak boleh kata, puan, cerailah.
03:25Tak boleh.
03:26Sehingga kita akan kata, dia suruh saya cerai.
03:27Saya juga tak boleh kata, puan, bertahan tak?
03:29Pasal dia akan kata sehari, usaha suruh saya bertahan tak?
03:32Your life, you decide.
03:34Kalau nak teruskan, buat isyukhara, dapatkan bantuan, nasihat daripada yang pakar.
03:39Dan yang ketiga, bismillah kita jalan.
03:41Mudah-mudahan Allah Ta'ala berikan yang terbaik.
03:44Dan ada satu doa.
03:46Ni, saya nak ajak tuan-tuan puan.
03:47Ayat la yukallifullahu nafsan illa wa sa'aha tu, hujung dia satu doa.
03:51Kita minta dengan Allah subhanahu wa ta'ala.
03:54Rabbana la tu'akhidna.
03:56Ya Allah, ya Tuhanku, janganlah kau hukum aku.
03:59Sekiranya aku lupa, au akhtakna.
04:02Ataupun kerana aku silap.
04:03Ya Allah, jangan bagi aku dengan bebanan yang berat.
04:06Seperti mana yang kau beri kepada orang-orang yang terdahulu.
04:08Ya Allah, jangan pikulkan aku dengan sesuatu yang aku tak mampu.
04:12Wa'fu'anna.
04:14Wa'firlana.
04:15Wa'rahamna.
04:15Wa'fu'anna.
04:17Ampunkanlah kami, Ya Allah.
04:18Maafkanlah kami, Ya Allah.
04:19Rahmatilah kami.
04:21Fansurna.
04:22Tulunglah kami, wahai Allah.
04:23Baca doa ni, Al-Baqarah 286.
04:25Mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan.
Comments

Recommended